Betina
Betina

Betina

Betina ialah jantina sesuatu ataupun sebahagian organisma yang menghasilkan ovum (sel telur). Ovum merupakan gamet yang lebih besar dalam sistem pembiakan heterogami, sedangkan gamet yang lebih kecil dan yang biasanya bergerak ialah sperma yang dihasilkan oleh jantan. Betina tidak boleh membiak secara seks tanpa gamet jantan. Sesetengah organisma boleh membiak, baik secara seks ataupun secara aseks.Tidak terdapatnya satu mekanisme genetik yang tunggal di belakang perbezaan-perbezaan antara jantina. Kewujudannya dua jantina mungkin merupakan hasil perkembangan berbilang yang berasingan dalam keturunan-keturunan evolusi yang berbeza-beza. Selain daripada perbezaan utama dari segi jenis gamet yang dihasilkan, perbezaan antara jantan dan betina dalam sesuatu keturunan sentiasanya tidak dapat diramalkan daripada perbezaan-perbezaan dalam keturunan yang lain.Konsep dimorfisme jantan/betina antara individu ataupun organ pembiakan tidak dihadkan kepada haiwan sahaja; sel telur juga dihasilkan oleh kitrid, diatom, dan tumbuhan darat, antara lain. Dalam tumbuhan darat, istilah "betina" dan "jantan" merujuk bukan sahaja kepada organisma dan struktur yang menghasilkan telur dan sperma, tetapi juga struktur sporofit yang menghasilkan tumbuhan jantan dan betina.