Beto Kusyairy
Beto Kusyairy

Beto Kusyairy

Beto Kusyairy (lahir Nurkusyairy Zakuan bin Osman; 19 Februari 1980) ialah pelakon lelaki Malaysia.[1] Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007. Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), dan Gila Baby (2014). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), dan Hanya Padamu (2013).[2]Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Beto Kusyairy

Pasangan Tisha Shahar (k. 2008)
Pekerjaan Pelakon
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pendidikan Diploma Perhotelan
Tahun aktif 2001–kini
Kelahiran Nurkusyairy Zakuan bin Osman
(1980-02-19) 19 Februari 1980 (umur 39)
Kuala Lumpur, Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Beto Kusyairy http://www.astroawani.com/berita-hiburan/qadr-kisa... http://www.facebook.com/BetoKusyairy.Z http://www.gempak.com/artikel/1271/aiman-hakim-bet... http://www.imdb.com/name/nm4379986/ http://instagram.com/beto_kusyairy http://www.ohbulan.com/beto-kusyairy-hentikan-traf... http://www.ohbulan.com/saya-berlakon-kerana-saya-p... http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.therakyatpost.com/life/celebrities-life... http://www.gua.com.my/berita-artis/Di_Telapak_Kaki...