Kerjaya Beto_Kusyairy

Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain ketika itu, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot Along untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along terbitan 59 Communications yang disiarkan di TV1 pada 2001, ia menjadi langkah awalnya untuk menceburi dunia seni hiburan negara.[4]

Drama arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Hj. Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana. Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifli, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Pada tahun 2012, beliau membintangi peranan utama dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Harris. Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Lisa Surihani, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, dengan sebahagian penggambaran difilemkan di Istanbul, Turki.[5][6][7]

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Cristina Suzanne yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi.

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Zahiril Adzim yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[8] Pada 12 Jun 2014, Beto memegang watak sebagai Suffian, seorang penghantar pizza lepasan UiTM dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rasyid, filem ini turut dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Remy Ishak.[9] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "...Beto (Kusyairy) tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat".[10]

Beto memegang watak sebagai Rahim, seorang pemuzik jalanan dalam drama Rubberband yang disiarkan di slot Iris TV3. Ia turut dibintangi oleh Bil Azali dan Sara Ali.[11]

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Nathuwi.[12]

Kerjaya Beto di Singapura bermula pada tahun sama dengan membintang drama Kisah Tok Kadi yang bersiaran di MediaCorp Suria.[13] Menerusi drama ini, beliau diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Malam Pesta Perdana 2017 sekali gus membuka ruang yang lebih besar di negara Kota Singa.[14][15]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Beto menjayakan peranan utama dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[16][17]

Beto merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; memegang watak sebagai Shah.[18][19]

Rujukan

WikiPedia: Beto_Kusyairy http://www.astroawani.com/berita-hiburan/qadr-kisa... http://www.facebook.com/BetoKusyairy.Z http://www.gempak.com/artikel/1271/aiman-hakim-bet... http://www.imdb.com/name/nm4379986/ http://instagram.com/beto_kusyairy http://www.ohbulan.com/beto-kusyairy-hentikan-traf... http://www.ohbulan.com/saya-berlakon-kerana-saya-p... http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.therakyatpost.com/life/celebrities-life... http://www.gua.com.my/berita-artis/Di_Telapak_Kaki...