Betty_Ford
Betty_Ford

Betty_Ford

Elizabeth Anne Ford (née; 8 April 1918 – 8 Julai 2011) ialah Wanita Pertama Amerika Syarikat dari 1974 hingga 1977, sebagai isteri Presiden Amerika Syarikat ke-38, Gerald Ford. Sebagai Wanita Pertama, beliau aktif dalam dasar sosial dan menjadi isteri presiden yang aktif berpolitik.[2] Ford juga berkhidmat sebagai Wanita Kedua Amerika Syarikat dari tahun 1973 hingga 1974.Sepanjang tempoh suaminya berkhidmat, dia mengekalkan tahap puas hati ramai walaupun terdapat pembangkang daripada beberapa Republikan yang konservatif yang membantah kedudukannya yang lebih sederhana dan liberal mengenai isu-isu sosial. Ford terkenal kerana meningkatkan kesedaran kanser payudara selepas mastektomi pada tahun 1974. Di samping itu, beliau merupakan penyokong dan aktivis untuk Pindaan Hak Sama Rata (ERA). Pro-pilihan pengguguran janin dan pemimpin dalam Pergerakan Wanita, dia mendapat perhatian sebagai salah satu wanita pertama yang paling lantang dalam sejarah, mengulas mengenai isu-isu panas setiap masa, termasuk feminisme, gaji yang sama, Pindaan Hak Sama Rata, seks, dadah, pengguguran janin, dan kawalan senjata. Dia juga membangkitkan kesedaran tentang ketagihan ketika pada tahun 1970-an, dia mengumumkan pertarungannya dengan alkohol dan penyalahgunaan bahan yang sudah sekian lama, sebagai Wanita Pertama yang pertama melakukannya.Selepas bersara dari Rumah Putih, dia terus berkempen utk ERA dan terus aktif dalam pergerakan feminis. Beliau adalah pengasas, dan berkhidmat sebagai pengerusi pertama lembaga pengarah, Pusat Betty Ford untuk penyalahgunaan dan ketagihan bahan. Beliau dianugerahkan Pingat Emas Kongres (anugerah bersama suaminya pada 21 Oktober 1998) dan Pingat Kebebasan Presiden (dianugerahkan 1991 oleh George H. W. Bush).