Beyblade

Beyblade, dikenali di Jepun sebagai Bakuten Shoot Beyblade (爆転シュートベイブレード, Bakuten Shūto Beiburēdo), ialah siri manga Jepun yang dikarang dan digambarkan oleh Takao Aoki untuk mempromosikan jualan mainan berupa gasing yang disebut "Beyblade". Pada asalnya dijadikan siri dalam CoroCoro Comic bermula daripada September 1999 sehingga Julai 2004, di mana setiap bab telah dikumpulkan dan diterbitkan dalam 14 buku tersendiri oleh Shogakukan. Siri ini difokuskan kepada sekumpulan kanak-kanak yang membentuk pasukan yang mana mereka berlawan satu sama lain menggunakan Beyblade.

Beyblade