Bhagavad_Gita
Bhagavad_Gita

Bhagavad_Gita

SmritiBhagavad Gita (bahasa Sanskrit: भगवद् गीता) ialah sebahagian yang terdiri daripada 700 ayat-ayat suci dalam puisi epik Mahabharata (Bhishma Parva bab 25 – 42), dan yang disanjung sebagai teks suci falsafah Hindu. Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan".Biasa dirujuk dengan mudah sebagai Gita, isi buku ini adalah satu dialog antara Krishna dan Arjuna yang diadakan di medan pertempuran Kurukshetra, tidak lama sebelum permulaan perang kemuncak. Dalam dialog ini, Krishna ialah pembicara utama yang menguraikan ajarannya kepada Arjuna yang menjadi pendengarnya. Dalam perbualan ini, Krishna mengisytiharkan Diri-Nya sebagai Avatara atau Jelmaan Tuhan dan atas permintaan Arjuna, menunjukkan ketuhanannya. Pendedahan itu menyebabkan Arjuna berasa kagum.Perbualan antara Sri Krishna dan Arjuna meringkaskan falsafah Yoga dan Vedanta, serta menerangkan maksud dan tujuan kehidupan dan kewujudan. Walaupun buku ini dianggap sebagai teks Smṛiti berdasarkan alasan-alasan teknik, tidak syak lagi bahawa Bhagavad Gita telah mencapai status sebagai śruti, atau wahyu. Seperti mana Upanishad-Upanishad mengandungi intisari Veda, Bhagavad Gita mengandungi intisari Upanishad-Upanishad. Dalam kalangan semua kitab-kitab suci Hindu, Gita telah menjadi kitab yang paling popular.[1]Terdapat beberapa pertikaian tentang tarikh Bhagavad Gita. Kebanyakan ahli sejarah, terutamanya sejarahwan Barat memberikan tarikh dalam lingkungan 1424 S.M hingga 575 S.M. Berdasarkan perbezaan dalam gaya puisi dan pengaruh luar seperti Sutra Yoga oleh Patanjali, sesetengah cendekiawan telah menyatakan bahawa Bhagavad Gita telah ditambahkan kepada Mahabharata pada masa yang amat lewat. [2] Namun, tidak boleh dipertikaikan bahawa ajaran Gita adalah sama dengan ajaran Mahabharata.[3] Orang Hindu yang menerima Bhagavad Gita sebagai suatu bahagian utama Mahabharata pula memberikan tarikh yang sama dengan epik utama itu. Menurut tradisi lisan Hindu, berdasarkan kepada sistem masa yang dihitung secara Yuga, peperangan Kurukshetra tentu telah berlaku pada tahun 3139 S.M.[4] Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain yang menetapkan peristiwa-peristwa yang disebut dalam Mahabharata bahawa Gita ditulis pada sekitar 5561 SM, berdasarkan penghitungan astronomi.Teks Bhagavad Gita yang popular pada masa kini ialah teks yang telah dipilih oleh Sri Sankaracharya, salah seorang pengulas tradisional yang awal. Menurut Swami Vivekananda, "Tidak ramai yang mengetahui tentang Gita sebelum Sankaracharya menulis ulasannya yang popular."[5] Teks ini mengandungi 700 sloka atau ayat-ayat suci dalam 18 bab.