Billboard

Billboard merupakan majalah mingguan antarabangsa yang berasal dari Amerika Syarikat. Majalah ini memberi tumpuan kepada industri muzik. Kandungannya mengandungi beberapa carta muzik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menjejaki lagu-lagu yang paling popular dan album dalam pelbagai kategori secara mingguan. Dua carta yang paling terkemuka ialah Billboard Hot 100 dan Billboard 200.