Bing
Bing

Bing

Bing (dahulu dikenali sebagai Live Search, Windows Live Search dan MSN Search) merupakan sebuah enjin carian (diiklankan sebagai enjin keputusan)[2] daripada syarikat Microsoft. Ia dilancarkan pada 1 Jun 2009.Bing mula didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Steve Ballmer pada 28 Mei 2009 dekat persidangan All Things Digital di San Diego, California, Amerika Syarikat sebelum ia dilancarkan. Antara perubahan ketara termasuklah penyenaraian hasil carian ketika pertanyaan dimasukkan dan senarai carian berkaitan (dikenali sebagai "anak tetingkap jelajah")[3] berdasarkan kepada teknologi semantik daripada Powerset, dimana pihak Microsoft telah membelinya pada 2008.[4]Pada 29 Julai 2009, Microsoft dan Yahoo! mengumumkan satu perjanjian di mana Carian Yahoo! akan dijana oleh Bing.[5] Kesemua pengguna sejagat dan rakan kongsi Carian Yahoo! dijangka telah membuat peralihan pada awal 2012.[6]Pada Oktober 2011, Microsoft menyatakan bahawa mereka sedang bekerja pada infrastruktur pencarian belakang yang baharu dengan matlamat untuk menyediakan hasil carian yang lebih cepat dan lebih relevan untuk para pengguna. Dikenali sebagai "Tiger", teknologi khidmat indeks telah digabungkan ke dalam Bing secara global pada Ogos 2011.[7] Pada Mei 2012, Microsoft mengumumkan satu lagi reka bentuk semula enjin carian yang merangkumi "Bar sisi", satu ciri sosial yang mencari rangkaian sosial para pengguna untuk maklumat yang berkaitan dengan permintaan carian.[8] Pasa September 2013, rupa baharu Bing telah dilancarkan dengan menggunakan bahasa reka bentuk "Metro".

Bing

Pemilik Microsoft
Dicipta oleh Microsoft
Pengiklanan? Ya
Pendaftaran Pilihan (akaun Microsoft)
Laman sesawang www.bing.com
Boleh didapati dalam 40 bahasa
Slogan Bing is for doing. (2012)
Bing and decide (2009)
Kedudukan Alexa 26 (Mei 2014)[1]
Dilancarkan pada 1 Jun 2009; 10 tahun yang lalu (2009-06-01)
Jenis laman Enjin carian web
Status terkini Aktif