Bingen_am_Rhein
Bingen_am_Rhein

Bingen_am_Rhein

Koordinat: 49°58′1″N 7°53′42″E / 49.96694°N 7.89500°E / 49.96694; 7.89500Bingen am Rhein (Bingen on the Rhine) ataupun hanya dikenali sebagai Bingen di kalangan masyarakat Jerman merupakan sebuah bandar pelancongan di kawasan barat Jerman berdekatan dengan bandar raya Mainz. Bingen adalah sebuah bandar moden di pertemuan antara sungai Rhine dan juga sungai Nahe. Sejarah awal Bingen boleh dikaitkan dengan zaman Rom lagi. Menyusuri zaman lampau, bandar ini telah menjadi pusat perdagangan wain, dan seterusnya menyerlahkan bandar ini sebagai sebuah bandar yang unik dan bersebati dengan "joie de vivre"(joy of life). Bingen dikelilingi oleh pelbagai landskap-yang sudah terkenal dengan keindahan semula jadinya, pelbagai jenis istana lama yang masih utuh dan terpelihara, dan juga pelbagai lagi tempat-tempat menarik yang menggamit kehadiran pelancong ke Bingen. Bingen dihubungkan oleh sistem jalan raya, kereta api, udara dan juga pengangkutan air yang sangat baik.