Bintang (
Jawi: بينتڠ) merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri.
Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur
hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur
helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan
helium,
haba, dan
cahaya.Bintang terdekat dengan
bumi adalah
matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh
Proxima Centauri dalam gugusan bintang Centaurus kira-kira 39.9 trilion kilometer atau 4.2 tahun
cahaya. Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya yang dihasilkan yang menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim, ketumpatan, dan komposisi kimianya.
KeteranganKecerahan bintang dibahagi kepada 1 hingga 6, dimana satu ialah bintang paling cerah, dan 6 sebagai bintang paling malap. Terdapat juga kecerahan yang diukur secara mutlak yang dikenali sebagai magnitud mutlak antara +26.0 sehingga -26.5. Saiz bintang menurut turutan kecil ke besar adalah Neutron < Kerdil (0.01 saiz Matahari) < matahari < Gergasi < Super gergasi bersaiz 400 kali matahari). Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada graviti bintang.Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan
spektroskop. Apabila kandungan
hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak
hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai
gergasi merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada
matahari, ia akan membentuk
super gergasi merah.
Super gergasi merah ini kemudiannya membentuk
nova atau
supernova lalu membentuk
bintang neutron atau
Lohong hitam.