Bintang_RTM_2009

Bintang RTM 2009 merupakan kesinambungan daripada pertandingan sebelumnya dan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Rancangan ini disiarkan di TV2 bermula pada 5 April 2009 dan berakhir pada 5 Julai 2009. Walaupun formatnya berubah dari segi pemarkahan, tetapi pertandingan ini masih mengekalkan juri profesional atau bebas untuk menilai persembahan para peserta.Lokasi uji bakat telah diadakan di beberapa tempat seperti di RTM Kuching, RTM Miri, RTM Labuan, RTM Kota Kinabalu, RTM Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor Bahru, Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berakhir di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pada peringkat akhir pertandingan ini, Nur Ernie Shahirah binti Zakri (lebih dikenali sebagai Ernie) telah diumumkan sebagai Juara Bintang RTM 2009.

Bintang_RTM_2009

Negara asal  Malaysia
Lagu pembukaan Bintang-Bintang Gemerlapan
Diikuti oleh Bintang RTM 2012
Penerbit Azman Hashim
Pengacara Izwan Pilus
Alisya
DJ Muaz
Lokasi Pelbagai (Ujibakat)
Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur (Suku Akhir & Separuh Akhir)
Stadium Negara, Kuala Lumpur (Pertandingan Akhir)
Siaran asal 05 April 2009 – 05 Julai 2009
Bilangan episod 14
Rancangan berkaitan Bintang RTM
Genre Pertandingan nyanyian
Rancangan televisyen realiti
Televisyen interaktif
Saluran asal TV2