Biodegradasi

Biodegradasi ialah pemecahan kimia bahan-bahan oleh persekitaran fisiologi. Istilah ini sering digunakan berhubung dengan ekologi, pengurusan sisa, dan pemulihan persekitaran (biopemulihan). Bahan organik boleh didegradasikan secara aerob menerusi oksigen atau secara anaerob tanpa oksigen/bahan buangan yang tidak boleh mereput. Salah satu istilah yang berhubung dengan biodegradasi ialah biomineralisasi yang berkaitan dengan jirim organik diubah menjadi mineral. Biosurfaktan, sejenis surfaktan luar sel yang dirembeskan oleh mikroorganisma, dapat mempertingkatkan proses biodegradasi.Jirim terbiodegradasikan umumnya merupakan jirim organik seperti jirim tumbuh-tumbuhan, jirim haiwan, dan bahan-bahan lain yang berasal daripada organisma hidup, serta bahan buatan yang agak serupa dengan jirim-jirim tersebut yang dapat digunakan oleh mikroorganisma. Sesetengah mikroorganisma mempunyai kepelbagaian katabolisme mikrob semula jadi yang menghairankan untuk mengubah atau mengumpulkan berbagai-bagai sebatian, termasuk hidrokarbon (misalnya minyak), poliklorin bifenil (PBB), hidrokarbon poliaromatik (PAH), bahan farmaseutik, radionuklid, dan logam. Kejayaan cemerlang metodologi utama dalam bidang biodegradasi mikrob telah membolehkan analisis genom, metagenom, proteomik, bioinformatik serta truput tinggi terhadap mikroorganisma yang berkaitan dari segi persekitaran. Ia juga memberikan wawasan yang baharu terhadap laluan biodegradasi utama dan keupayaan mikroorganisma untuk menyesuaikan diri kepada keadaan-keadaan persekitaran yang sering berubah.[1]