Campuran Biodiesel

Campuran biodiesel dan diesel berasaskan hidrokarbon biasa merupakan keluaran paling biasa diedarkan bagi kegunaan pasaran bahan api runcit diesel. Kebanyakan dunia menggunakan sistem yang dikenali sebagai faktor "B" bagi menyatakan jumlah biodiesel dalam sebarang campuran bahanapi: bahanapi yang mengandungi 20% biodiesel dilabel B20, sementara biodiesel tulin dikenali sebagai B100.[2] Adalah biasa di USA untuk melihat B99.9 kerana kredit cukai kebangsaan diberikan kepada entiti pertama yang mencampurkan diesel petroleum dengan biodiesel tulen. Campuran 20 peratus biodiesel dengan 80 peratus diesel petroleum (B20) biasanya boleh digunakan dalam enjin diesel tanpa pengubahsuaian. Biodiesel juga boleh digunakan dalam bentuk tulin (B100), tetapi mungkin memerlukan pengubahsuaian enjin tertentu bagi mengelak masaalah penyelenggaraan dan prestasi. Mencampur B100 dengan diesel petrolium boleh dicapai dengan:

  • Mencampur dalam tangki di titik pengilangan sebelum diedar kepada lori tangki
  • Mencampur dalam lori tangki (mencampur peratusan tertentu Biodiesel dan diesel pertolium)
  • Campuran ditalian ("In-line mixing"), dua komponen tiba ke lori tangki serentak.
  • Campuran pam meter, meter diesel petrolium dan Biodiesel diset pada X isipadu, pem pemindah menarik dari sumber dan campuran lengkap apabila meninggalkan pam.

Rujukan

WikiPedia: Biodiesel http://www.fediol.be/2/index.php http://cgse.epfl.ch/page65660.html http://www.csmonitor.com/2006/0111/p01s03-sten.htm... http://epoxy.dow.com/epoxy/news/2007/20070326b.htm... http://www.dow.com/propyleneglycol/news/20070315b.... http://www.dupontelastomers.com/literature/viton/2... http://findarticles.com/p/articles/mi_m0CYH/is_15_... http://www.goodcleantech.com/2007/11/willie_nelson... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.hgca.com/content.output/2369/2369/Marke...