Bisaya

Koordinat: 04°36′36″N 114°51′55″E / 4.61000°N 114.86528°E / 4.61000; 114.86528Bisaya adalah suku kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo(Sabah), Malaysia dan hanya tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias(Klias River),Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Suku Kaum Bisaya mempunyai banyak persamaan dengan suku kaum Dusun Tatana terutama sekali dari segi bahasa. Ini terbukti sebilangan percakapan bahasa dialog mereka hampir sama jika mereka berdialog sesama sendiri.Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya pertama adalah Awang Alak bertatar atau dikenali sebagai Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian dan mereka terlalu menitik berat terhadap hukum hakam islam. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Walaupun suku kaum ini dikatakan berkait dengan Visayas yang berada di Filipina namun tetapi suku kaum Bisaya ini hanya ditemui dan didapati kewujudan kaum mereka di Borneo sahaja iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Ini kerana suatu ketika dahulu ada terdapat sebilangan kaum Bisaya yang telah melakukan penghijrahan beramai-ramai ke sana disebabkan oleh faktor ekonomi atau pengaruh politik yang tidak disenangi oleh sebilangan mereka. Dikatakan mereka selepas mereka melakukan penghijrahan ke sana pada beratus-ratus abad lamanya , mereka menukarkan visi kaum mereka bisaya kepada visayas kerana tidak mahu berkait rapat dengan Suku Kaum Asli Bisaya yang terdapat di borneo suatu ketika dahulu.Pemerintahan di pulau Borneo atau dikenali sebagai Pulau Paraca oleh Kaum Bisaya ini telah wujud beribu-ribu abad lamanya seawal 977 Masihi dan ini telah mengakibatkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong mereka ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti oleh Para Pengkaji Sejarah dan diteliti bahasa pertuturan mereka menujukan bahawa banyak persamaan lebih dekat kepada Bahasa Melayu yang mempunyai hubung kait bahasa melayu yang diamalkan oleh pemerintahan Kesultanan Melayu Barunai(Brunei).

Rujukan

WikiPedia: Bisaya http://ridzonel-dee.blogspot.com/2009/08/kesenian-... //scholar.google.com/scholar?q=%22Bisaya%22 //www.google.com/search?&q=%22Bisaya%22+site:news.... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Bisay... //www.google.com/search?q=%22Bisaya%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Bisaya%22+-... http://awangalakbetatar.synthasite.com/ http://Bisayaonline.wordpress.com/about/ http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...