BlackBerry

BlackBerry adalah antara barisan jenama peranti bimbit tanpa wayar (biasanya dipanggil telefon pintar) yang direka dan dipasarkan oleh BlackBerry Limited , yang dahulunya dikenali sebagai Research In Motion Limited (RIM).[2] Antara peranti RIM yang pertama ialah Inter@ctive Pager 900, merupakan peranti jenis clamshell yang membenarkan perhubungan kelui dua hala, model ini diumumkan pada 18 September 1996.[3] Selepas kejayaan model 900, Inter@ctive Pager 800 telah direka untuk IBM dan membeli sejumlah peranti ini dengan nilai US$10 juta pada 4 Februari 1998.[4] Peranti seterusnya yang telah dikeluarkan adalah Inter@ctive Pager 950, iaitu pada 26 Ogos 1998. Peranti yang pertama untuk membawa dan mengunakan nama BlackBerry adalah BlackBerry 850, sebuah alat kelui e-mel, yang dikeluarkan 19 Januari 1999 . Walaupun sama penampilannya dengan model 950, 850 adalah peranti pertama untuk mengintegrasikan e-mel. Untuk model seterusnya, nama Inter@ctive Pager tidak lagi digunakan untuk menjenamakan peranti keluaran mereka.Antara peranti BlackBerry terkini adalah BlackBerry Passport, BlackBerry Classic , dan BlackBerry Z30 . Antara mukanya berbeza mengikut model; kebanyakan model dilengkapi dengan papan kekunci fizikal jenis QWERTY, manakala model generasi baru bergantung sepenuhnya pada teknologi skrin multi-sentuh dan papan kekunci maya.Ia merupakan salah sebuah vendor utama telefon pintar sehingga 2012. Pengguna Perkhidmatan Internet BlackBerry boleh didapati di 91 negara di seluruh dunia di lebih 500 pengendali perkhidmatan mudah alih yang menggunakan pelbagai jenis teknologi mudah alih.[5] Sehingga September 2013, terdapat 85 juta pelanggan BlackBerry di seluruh dunia.[6][7] Angka tersebut teleh menurun kepada 46 juta pengguna pada September 2014.[8] Dari November 2013, BlackBerry boleh dijalankan dalam pelbagai multi-platform (Android , iOS dan Windows Phone ) dan sehingga Jun 2015 mendapat 260 juta pengguna baru.[9]

BlackBerry

Dimensi 50 mm × 106.7 mm × 14.5 mm[1]
Rangkaian GSM850/900/1800/1900
GPRS/EDGE/UMTS
CDMA/1xEV-DO
iDEN
Paparan 480 × 360 piksel
(Curve 8900/Tour 9630/Bold 9700)
360 × 480 piksel (Storm)
480 × 320 piksel (Bold)
320 × 240 piksel (8300/8700/8800/8500 Series)
240 × 260 piksel
(7100/8100 Series)
240 × 320 piksel (8200 Series)
65,000 warna
Berat 87.9 g ke 155 g bergantung model
Ingatan 64 MB hingga 1 GB bergantung model
Ketersambungan microSD, USB, Bluetooth, Wi-Fi, GPS

Rujukan

WikiPedia: BlackBerry http://bbref.ca/900 http://www.cbc.ca/news/business/blackberry-to-be-s... http://www.cbc.ca/news/does-blackberry-have-a-futu... http://www.bbgeeks.com/blackberry-scoops/the-insid... http://bgr.com/2013/06/28/blackberry-subscribers-q... http://www.bizjournals.com/charlotte/stories/2005/... http://blogs.blackberry.com/2014/07/passport-desig... http://ca.blackberry.com/smartphones/blackberry-le... http://docs.blackberry.com/en/ http://docs.blackberry.com/en/admin/deliverables/7...