Sejarah BlackBerry

Peranti pertama BlackBerry, model BlackBerry 850 telah diperkenalkan di Munich, German pada tahun 1999 dan ianya berfungsi sebagai alat kelui dua hala.[10] Pada tahun 2002, semakin banyak telefon pintar BlackBerry dihasilkan, yang mana ia menyokong perkhidmatan e -mel, telefon, mesej teks, faks Internet, pelayaran web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar yang lain. Ia merupakan contoh pengabungan peranti.

BlackBerry menumpukan perkhidmatan servis e -mel pada awalnya untuk menembusi pasaran. RIM kini menawarkan perkhidmatan e -mel dari peranti BlackBerry ke peranti bukan BlackBerry, seperti Palm Treo, melalui perisian BlackBerry Connect. Peranti awal Blackberry mempunyai paparan jenis monokrom, tetapi hampir kesemua model BlackBerry kini mempunya paparan bewarna.

Hampir kesemua peranti model terkini BlackBerry dilengkapi dengan papan kekunci jenis QWERTY yang dioptimumkan untuk kaedah " thumbing ", iaitu penggunaan ibu jari untuk menaip , dan terdapat juga beberapa model yang dilengkapi pad kekunci telefon bimbit jenis standard untuk menaip, dan dua model dilengkapi skrin sentuh penuh tanpa papan kekunci fizikal Sistem navigasi terutamanya dicapai dengan bola tatal, atau "bebola" di tengah-tengah peranti, peranti lama menggunakan roda trek di sebelah dan peranti baru seperti Blackberry Bold 9700 atau Curve 8520/8530 menggunakan pad kecil untuk navigasi "trackpad" dan bukannya bebola jejak. Sesetengah model (pada masa ini, yang dihasilkan untuk digunakan dengan rangkaian iDEN seperti Nextel dan rangkaian selular Mike juga memasukkan ciri Tekan-untuk-Bercakap ("Push-to-Talk - PTT"), serupa dengan radio dua hala.

Pada 30 Januari 2013, BlackBerry mengumumkan keluaran model terbaru iaitu model Z10 dan Q10. Kedua-dua model dilengkapi dengan skrin sentuh: Z10 mempunyai reka bentuk skrin sentuh sepenuhnya[11] manakala Q10 pula menawarkan gabungan papan kekunci jenis QWERTY berserta paparan skrin sentuh[12]

Pada suku kewangan tahun kedua 2013, walaupun sebanyak 6.8 juta unit telefon bimbit BlackBerry berjaya dijual, tetapi telah ditenggelamkan oleh pesaing jualan mereka iaitu Nokia melalui model Nokia Lumia buat kali pertama.[13]

Pada 12 Ogos 2013, BlackBerry mengumumkan hasrat untuk menjual syarikat itu kerana kedudukannya yang semakin tidak menguntungkan dari segi kewangan dan persaingan dalam industri mudah alih.[14] Sebahagian besarnya kerana hasil jualan yang lebih rendah daripada yang dijangka bagi model Z10, BlackBerry mengumumkan pada 20 September 2013 bahawa 4500 kakitangan sepenuh dan separuh masa (kira-kira 40% daripada kakitangan operasi) telah ditamatkan perkhidmatan dan barisan produknya telah dikurangkan daripada enam kepada empat model.[15] Pada 23 September 2013, Fairfax Financial, yang mana memiliki 10 % kepentingan ekuiti dalam BlackBerry, membuat tawaran untuk membeli BlackBerry pada harga $4.7 billon ($ 9.00 sesaham). Berikutan pengumuman itu, BlackBerry mengumumkan penerimaan tawaran sementara waktu tetapi ia akan terus mencari tawaran lain sehingga 4 November 2013.[16]

Pada 4 November 2013, BlackBerry menggantikan Thorsten Heins dengan John S. Chen sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru sementara, yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Sybase sebelum ini.[17]

Pada awal bulan Julai 2014, penerbitan TechCrunch menerbitkan satu artikel bertajuk "BlackBerry Adalah Salah Satu Saham Terlaris Dalam 2014, Ianya Serius", berikutan itu, berlaku kenaikan 50 peratus dalam saham syarikat itu, peningkatan yang lebih besar daripada syarikat-syarikat lain seperti Apple dan Google; Walau bagaimanapun, penganalisis kewangan BlackBerry menunjukkan bahawa hasil atau margin keuntungan tidak bertambah baik, sebaliknya, kos telah berjaya dikurangkan. Dalam tempoh yang sama, BlackBerry juga memperkenalkan telefon bimbit model BlackBerry Passport terbaru baru - yang terdiri daripada paparan 4.5 inci (11 cm) persegi beresolusi "HD-kelas Penuh" (1440 x 1440) dan dipasarkan khusus untuk bidang profesional seperti penjagaan kesihatan dan arkitektur - juga mempromosikan aplikasi Messenger dengan mengeluarkan kemaskini minor untuk sistem operasi mobil BB10.[18][19]

Pada 17 Disember 2014, BlackBerry Classic telah diperkenalkan, dengan papan fizikal yang mana lebih digemari pengguna berbanding skrin sentuh seperti yang terdapat pada model BlackBerry (Z10 dan Z30) yang diperkenalkan dua tahun sebelum ini.[20]

Rujukan

WikiPedia: BlackBerry http://bbref.ca/900 http://www.cbc.ca/news/business/blackberry-to-be-s... http://www.cbc.ca/news/does-blackberry-have-a-futu... http://www.bbgeeks.com/blackberry-scoops/the-insid... http://bgr.com/2013/06/28/blackberry-subscribers-q... http://www.bizjournals.com/charlotte/stories/2005/... http://blogs.blackberry.com/2014/07/passport-desig... http://ca.blackberry.com/smartphones/blackberry-le... http://docs.blackberry.com/en/ http://docs.blackberry.com/en/admin/deliverables/7...