Penerbitan Blok_404

Pada April 2017, pelakon asal Blok 404, Norul Iman Abd Rahman (Boy Iman) mengumumkan bahawa telefilem ini bakal difilemkan ke layar perak sebagai usaha bagi menyatukan kembali barisan pelakon asalnya.[4] Beliau menegaskan filem ini masih mengekalkan genre sama dengan jalan cerita yang berbeza. Beliau berkata dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Saya terpanggil untuk menghasilkan semula filem ini kerana percaya Blok 404 masih mempunyai pengikut serta peminat yang ramai. Judul Blok 404 itu sendiri sudah menjadi satu kekuatan untuk menarik peminat tempatan menonton filem ini nanti,".[5] Penerbit Eksekutif, Kam Abdul Manap menghargai usaha menyatukan kembali barisan pelakon asal dengan disokong pelakon lain sambil berkata: "Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada."[6] Majlis pelancaran filem ini diadakan pada 18 Julai 2017 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.[7] Pelakon, Azma Aizal Yusoof yang pernah memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh di Anugerah Tribute P Ramlee 2014, menggalas tugas sebagai pengarah, manakala Adza Emie menulis skrip.[8]

Nabila Huda yang merupakan pelakon asal telefilem Blok 404 terpaksa menarik diri dari membintangi filem ini kerana jadual kerjanya yang padat.[9] Boy Iman yang merangkap sebagai penerbit meluahkan perasaan kecewa atas ketiadaan Nabila dalam projek filem ini dan sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan khidmatnya, tetapi tidak kesampaian.[10] Zamarul Hisham kembali menjayakan peranannya sebagai Hisham, bersama sama dengan Raja Azrey dan Boy Iman yang masing-masing membawakan semula watak masing-masing.[11] Risteena Munim yang terkenal dengan lakonannya dalam Playboy Itu Suami Aku dan Demi Cinta Ain, memegang watak sebagai Misha, Blok 404 ialah filem seram kedua lakonannya selepas Hantu Wangan.[12]

Penggambaran dijalankan selama 14 hari, dari 8 hingga 21 Jun 2017 di Hulu Langat, Selangor, Kuala Lumpur dan Cheras.[13]

Rujukan

WikiPedia: Blok_404 http://www.gempak.com/artikel/10048/setelah-15-tah... http://www.imdb.com/Title?Blok+404/ http://www.kitepunye.com/movieteater/blok-404-kemb... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/681966-rama... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/07/04/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/top-10-filem... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/blok-... http://www.utusan.com.my/hiburan/i-blok-404-i-ke-l...