Blues_Gang

Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia.[1] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Nama kumpulan diambil dari nama penyanyi rock Amerika Syarikat, James Gang. Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani dalam tahun 1986, Kembara Seniman Jalanan. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif di kelab-kelab malam di sekitar ibukota.

Blues_Gang

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Johor Bahru, Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Laman sesawang https://itosmusic.com
Ahli
  1. Ito Mohd - Vokal/Harmonika
  2. Julian Mokhtar - Gitar Utama
  3. Ghani Dato' Abu Talib - gitar Kedua/Keyboard
  4. Shaik Karim - Dram/Vokal
Genre Blues dan rock
Bekas ahli
  1. Jim Madasamy - Bass/Vocal
  2. A'shed (Rashid Yunus) - Vokal/Pencipta Lagu
  3. Mat Dollah (Mohamad Abdullah) - Gitar Utama/Pencipta Lagu