Sejarah BoBoiBoy_(watak)

BoBoiBoy

Musim 1

BoBoiBoy menyambut cuti sekolah dengan melawat datuknya, Tok Aba yang berada di Pulau Rintis, di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru yang menjadi sahabat handainya sepanjang siri, iaitu Yaya, Ying dan Gopal. Pada masa yang sama, munculnya makhluk asing jahat yang bernama Adu Du yang merancang untuk merampas kesemua koko di Bumi bersama konco-konconya, Probe dan Komputer. Pada suatu hari, Adu Du mengarahkan Probe pergi mencuri koko dari kedai Tok Aba, apabila BoBoiBoy mengetahui yang satu tin koko telah dicuri, dia mengekori Probe untuk mengambil semula kokonya sehinggalah mereka tiba di kapal angkasa Adu Du.

Sedar tak sedar, BoBoiBoy diekori oleh robot "sfera kuasa" dari kapal angkasa Adu Du yang memperkenalkan dirinya sebagai Ochobot dan memberi BoBoiBoy keupayaan mengawal elemen petir, angin dan tanah, dan berpecah kepada tiga orang dengan elemen masing-masing. Ochobot turut memberikan kuasa super kepada kawan-kawannya. Maka BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan. Penangan Adu Du yang kian getir juga mendorong peningkatan kuasa BoBoiBoy kepada Halilintar, Taufan dan Gempa. Pada kemuncak musim pertama, BoBoiBoy pulang semula ke bandar lamanya untuk menyambung persekolahannya di sana.

Musim 2

Enam bulan selepas menumpaskan Adu Du pada penghujung musim pertama dan kembali ke bandar, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis dan meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Maka, dia bertemu kembali dengan Yaya, Ying dan Gopal di samping bertemu dengan seorang lawan baru yang bernama Fang yang cemburu akan kuasa dan populariti BoBoiBoy di sekolah. Di samping itu BoBoiBoy juga mahir bertukar langsung kepada bentuk elemen tahap kedua.

Sementara itu, Adu Du sering mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan BoBoiBoy yang telah kembali itu, termasuklah bekerjasama dengan Fang buat sementara waktu. Akan tetapi, kesemua cubaannya gagal. Akhirnya, Fang pun menyertai geng BoBoiBoy kerana kuasanya juga dikurniakan oleh Ochobot secara tidak sengaja dalam satu pertembungan dengan Adu Du dan Probe. Musim kedua diakhiri dengan ketibaan Ejo Jo di Bumi yang mengucar-ngacirkan sekolah BoBoiBoy, menyebabkan geng BoBoiBoy berpakat dengan geng Adu Du.

Musim 3

Setelah bertungkus-lumus menumpaskan Ejo Jo, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mula berkawan dengan Adu Du untuk bersama-sama menjaga keselamatan Pulau Rintis daripada ancaman dari dalam dan luar. Namun, persahabatan mereka itu tidak berkekalan apabila datang Ibu Bu, iaitu ibu Adu Du untuk melawat dan melepaskan rindunya terhadap anaknya yang dipanggil "Bubuchuk" sebagai nama timangannya. Apabila mengetahui dia menjadi baik, dia memujuk Adu Du semula dengan habis-habisan supaya kembali kepada kejahatan. Kuasa elemen BoBoiBoy turut berkembang apabila dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api yang boleh mengawal elemen api.

Adu Du pula berusaha mencipta sebuah robot yang dinamakannya BoBoiBot yang bukan sahaja menyerupai rupa BoBoiBoy, bahkan juga meniru kuasa-kuasa elemen BoBoiBoy sehingga dia menggantikan BoBoiBoy sebagai seorang wira tempatan di Pulau Rintis. Akhirnya, dengan bantuan Probe yang memberitahu kelemahan BoBoiBot kepada BoBoiBoy dan Ochobot, BoBoiBoy menyahut cabaran penirunya dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertemu dengan Kapten Kaizo, Lahap dan Fang dan mereka memaksa mereka untuk menyerahkan Jam-jam Kuasa. Namun, keengganan mereka membuatkan Kapten Kaizo bertarung dengan BoBoiBoy. Selepas BoBoiBoy dan kawan-kawannya dikalahkan, Fang mengambil kesempatan untuk mengambil semua Jam Kuasa dari tangan BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying menggunakan Kuasa Bayangnya dan menyerahkannya kepada Kapten Kaizo. BoBoiBoy memohon kepada mereka untuk memulangkan kuasa mereka, tetapi mereka tidak menghiraukannya dan akhirnya berlepas ke angkasa.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya meminta bantuan daripada Adu Du dan Probe untuk menyelamatkan Fang. Selepas Adu Du bersetuju, mereka menaiki kapal angkasa Adu Du dan mengekori kapal angkasa Kapten Kaizo. BoBoiBoy dan kawan-kawan kemudiannya berjaya memasuki ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo melalui pod angkasa sementara Adu Du dan Probe terhempas ke Bumi. Kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya disambut baik oleh Kapten Kaizo dan Lahap dan mereka mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk bertarung sekali lagi di atas keazaman mereka yang tinggi untuk mengambil semula Jam-jam Kuasa.

Selepas bertungkus-lumus menumpaskan Kapten Kaizo dan Lahap, mereka mengakui BoBoiBoy dan kawan-kawannya layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa. Sebelum menghantar mereka ke Bumi semula, Kapten Kaizo telah menasihati BoBoiBoy supaya sentiasa berhati-hati dengan ancaman luar yang akan datang kepada dia dan kawan-kawannnya. Musim ketiga siri BoBoiBoy diakhiri dengan suara latar BoBoiBoy; "Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi Galaksi."

BoBoiBoy: The Movie

Di Rumah Tok Aba, BoBoiBoy dibangun oleh Ochobot kerana dia tidak sabar ingin pergi berkhemah bersamanya. Yaya dan Ying memanggilnya lewat Jam Kuasa-nya untuk memberi amarannya untuk datang lebih cepat. Kemudian BoBoiBoy pergi mandi, lalu Gopal memanjat ke tingkap bilik air untuk memberi amarannya yang sama dengan Yaya dan Ying. Di ruang tamu, Ochobot menonton berita. Ochobot jadi cemas jika BoBoiBoy melihatnya, dia pasti terlupa dan menggantikan saluran televisyen. Mereka pun pergi berjalan ke perkhemahan.

Kemudian, BoBoiBoy dan Ochobot dalam perjalanan mereka ke perkhemahan. Tetapi, ada kumpulan polis mengejar Geng Rompak Dobi Bersiri. Kerana sibuk bekerja menjadi adiwira, BoBoiBoy pergi membantu pihak polis, bikin dia meninggalkan Ochobot dengan kecewa. BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dengan Halilintar, Taufan, dan Gempa untuk membantu mengejarnya, tetapi Adu Du dan Probe bekerja menjadi Jero-Jero untuk mengganggunya dan membantu Geng RDB, lalu Adu Du dan Probe tewas daripada tangan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan dan Gempa membantu nenek dan pihak polis untuk mengejarnya. Akhirnya mereka berjaya menangkap Geng RDB dan harinya diselamatkan olehnya.

Selepas itu, BoBoiBoy yang letih pergi ke Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam untuk berehat dan mendengarkan Pakcik Mat menceritakan kepada Uncle Yim, Pakcik Kumar, dan Papa Zola tentang Pulau Terapung, tetapi mereka tidak terpedaya dengan mengatakan bahawa cerita itu tahyul dan meninggalkan kedai tersebut. Apabila Tok Aba menanyakan cucunya tentang perkhemahan, BoBoiBoy terkejut bahawa dia lupa tentang perkhemahan dan pergi berlari ke perhentian bas dengan cemas.

Di perhentian bas, BoBoiBoy sampai ke perkhemahan dimana kawan-kawannya yang sedang kecewa atas kelewatan BoBoiBoy, terutama Ochobot, kerana dia sibuk dengan pekerjaannya menjadi adiwira. Akibatnya, BoBoiBoy ditegur oleh kawan-kawannya dan menyuruhnya untuk mengemas semua barang di situ, kebanyakan kecewaan BoBoiBoy. Pada masa yang sama BoBoiBoy duduk di kerusi perhentian bas bertemu dengan Papa Zola dan menceritakannya tentang masalahnya. Papa Zola memberi nasihat kepadanya dan mengajaknya untuk mencandat sotong sampai esok. BoBoiBoy jadi gembira dan dia akan memberikan kad jemputan untuk kawan-kawannya sebagai permintaan maaf esok.

Kembali ke rumah datuknya, BoBoiBoy masuk ke biliknya untuk meminta maaf kepada Ochobot atas kesalahnnya kali terakhir dan pergi tidur. Apabila BoBoiBoy tidur, Ochobot mendapatkan panggilan dari Power Sphera berumur tua dan berasa panik. BoBoiBoy terbangun dan pergi menjenguk Ochobot kerana mengira bahawa dia balik ke kampung dan dia punya "datuk". Tok Aba masuk ke biliknya dan mendengar apa yang cucunya bincang kepada Ochobot tadi sehingga menegurnya dan menutup pintu bilik cucunya. BoBoiBoy ingin ceritakan rancangan terbaik, tetapi Ochobot tidak peduli dan mereka balik tidur.

Keesokan harinya, BoBoiBoy ceritakan rancangan terbaik kepada Ochobot, tetapi masih tidak peduli. Tok Aba menasihati cucunya supaya dia mengingkar janji kepada kawannya. Yaya, Ying, dan Gopal datang ke kedai Tok Aba dan masih kecewa kerana apa yang terjadi dengan petang semalam. BoBoiBoy menjemput kawan-kawannya untuk mencandat sotong bersama Kebenaran, tetapi kawan-kawannya tidak tertarik dengan rancangan itu kerana orang candat sotong waktu malam. Tiba-tiba, Kapal angkasa Tengkotak tiba di Taman Pulau Rintis dan menculik Ochobot untuk menggunakannya mencari Klamkabot. BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertarung dengan Bora Ra dan Gaga Naz, tetapi dikalahkan oleh kuasa lohong hitam Bora Ra dan BoBoiBoy tidak mampu mengambil kembali Ochobot kepadanya.

Kemudian, BoBoiBoy dan kawan-kawannya pergi ke Jeti Pulau Rintis untuk meminta bantuan daripada Papa Zola untuk menyelamatkan Ochobot daripada pasukan Tengkotak. Apabila dalam perjalanan untuk menyelamatkan Ochobot, mereka nampak Adu du dan Probe dan mengejar mereka kerana menyalahkan mereka untuk mencari Ochobot. Pada saat masa yang sama, mereka bertemu dengan Kurita dan dikejar olehnya.

Selepas mengalahkan Kurita dan tiba di Pulau Terapung, mereka pergi mencari Ochobot. Pada waktu malam, mereka pergi berkhemah untuk sebenar di dalam hutan sementara menunggu waktu pagi. Kemudian hari itu, BoBoiBoy mendapat panggilan dari Ochobot dan mereka pergi untuk menyelamatkannya sekarang, bikin Papa Zola, Adu Du, dan Probe ditinggalkan oleh mereka sendirian. BoBoiBoy dan kawan-kawan lompat ke pintu masuk gua. Lalu Ying membawa rakan-rakannya ke tempat keberadaan Ochobot di dalam gua tersebut.

Di dalam gua, mereka bertemu dengan Klamkabot di mana dia memberikan kuasa teleportasi kepada Ochobot dan mengira bahawa dia menyakiti Ochobot sampai mereka pergi menyerangnya. Lalu, mereka berhenti menyerangnya dan mendengar sejarah Tengkotak dan Power Sphera. Namun, Bora Ra menjumpai lokasi mereka dan menyerang mereka. Mereka semua melarikan diri dengan bantuan Klamkabot menuju Kilang Power Sphera. Apabila mereka dikejar oleh Bora Ra dan Gaga Naz, Klamkabot melempar BoBoiBoy dan kawan-kawan ke platform dan menuju ke Lab Sfera Kuasa.

Apabila mereka sampai ke Lab Sfera Kuasa, beberapa robot kecil keluar dari pintu dan mengimbas Ochobot. Selepas mendapat pengesahan, pintu lab dibuka dengan sendiri. Mereka memasuki ke dalam makmal dan disambut oleh Sistem Lab Sfera Kuasa. Sistem tersebut menyediakan tempat untuk Ochobot menaik taraf lalu ia bermula dengan serta-merta. Selepas Ochobot dinaik taraf, Sistem Lab Sfera Kuasa menceritakan misi Ochobot. Lalu, mereka dapat panggilan dari Tengkotak untuk membawa Ochobot ke lokasi tempat tersebut kalau mereka tidak mahu Papa Zola, Adu Du, dan Probe diseksa oleh mereka.

Namun, BoBoiBoy dan kawan-kawannya sampai ke lokasi tempat dimana Tengkotak berada dengan kuasa teleportasi Ochobot. Fang menggunakan kuasa bayangnya untuk melarikan diri bersama kawan-kawannya dari Tengkotak, tetapi Ochobot ditembak oleh Kiki Ta supaya mereka tidak melarikan diri. Bora Ra berjaya mengambil Ochobot dan merampas kuasa teleportasinya daripadanya dengan cara keganasan. Selepas itu, Bora Ra membuang Ochobot dan BoBoiBoy lari untuk menyelamatkannya. Tetapi, Bora Ra menghalangnya dengan kuasa teleportasinya dan bertarung dengannya lalu berjaya mengalahkannya. BoBoiBoy merangkak ke Ochobot untuk mendapatkan tenaga terakhir kepadanya. Selepas Fang dikalahkan, Bora Ra merampas Ochobot dari BoBoiBoy lagi untuk menghancurkan harapannya oleh membunuhnya dengan menggunakan Mampatan Lohong Hitam. Kerana kematian Ochobot, BoBoiBoy menangis dan menumbuk tanah sampai Ochobot apung ke udara. Sebelum kematian Ochobot, dia memberikan tenaga terakhir untuk menaik taraf kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Ini membolehkan BoBoiBoy untuk meningkatkan kuasa elemen Api dan Air kepada Blaze dan Ais dan mampu mengalahkan Bora Ra dengan bantuan kawan-kawannya. Selepas itu, Bora Ra bangun dan belum mengalah. Bora Ra mengeluarkan Lohong Hitam Gargantua sebagai serangan terakhir yang berskala besar. Apabila BoBoiBoy diikat dengan Pengikat Bayang Fang, BoBoiBoy menyuruh Fang untuk menghalang Bora Ra. Fang mencuba untuk menghalang Bora Ra, tetapi dia berjaya melarikan diri dengan koordinat teleportasi yang diberikan daripada Yoyo Oo. Namun, kapal angkasa Tengkotak muncul lagi kerana Adu Du memberikan koordinat teleportasi palsu. Akhirnya, BoBoiBoy berjaya berpecah menjadi tujuh untuk memusnahkannya.

Selepas Bora Ra dikalahkan, BoBoiBoy menangis sambil memeluk Ochobot dan meminta maaf kepadanya. Tetapi Ochobot bangkit dan menjelaskan bahawa Klamkabot sempat menyalurkan kesemua kuasa dan tenaganya untuk menghidupkannya semula. Lalu BoBoiBoy dan Papa Zola serta yang lain berwefie bersama-sama, tetapi mereka dikejutkan oleh J-Rex. Papa Zola memperkenalkannya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Akhirnya, Cici Ko mendedahkan identiti dirinya yang sebenar kepada BoBoiBoy dan yang lain iaitu pengintip dalam Tengkotak untuk mengintip setiap pergerakan mereka. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada wira-wira tersebut dan berlepas ke angkasa.

Kemudian, mereka pun pergi berkhemah pada malam hari. Akhirnya, BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying, Fang, Papa Zola, Adu Du, Probe, dan J-Rex pulang kembali ke Pulau Rintis dan mereka kembali dengan kehidupan yang biasa dan tenang.

BoBoiBoy Galaxy

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, BoBoiBoy hidup dengan aman di Pulau Rintis. Tetapi, kadangkala dia berasa bosan apabila tidak dapat menjadi seorang wira dan menggunakan kuasanya kerana alien-alien jahat tidak lagi datang ke Bumi dan membuat kacau. Pada suatu hari, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Cici Ko dan beliau meminta tolong daripada BoBoiBoy dan Gopal. Setelah bersetuju untuk membantunya mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi sebagai ahli dalam sebuah organisasi yang dipanggil TAPOPS, BoBoiBoy bersama kawan-kawannya mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.

Rujukan

WikiPedia: BoBoiBoy_(watak) //scholar.google.com/scholar?q=%22BoBoiBoy%22+wata... //www.google.com/search?&q=%22BoBoiBoy%22+watak+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22BoBoi... //www.google.com/search?q=%22BoBoiBoy%22+watak&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22BoBoiBoy%22... http://boboiboy.wikia.com/wiki/BoBoiBoy_(Character... http://id.boboiboy.wikia.com/wiki/BoBoiBoy_(karakt... http://ms.boboiboy.wikia.com/wiki/Alexander_Rudra_... http://ms.boboiboy.wikia.com/wiki/Bapa_BoBoiBoy?_g... http://ms.boboiboy.wikia.com/wiki/BoBoiBoy_(watak)