Pendidikan Bob_Lokman

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang,Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.