Boboy

Boboy ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu. Kumpulan ini tidak membuat lagu sendiri sebaliknya membawakan lagu yang dicipta oleh penulis-penulis lagu dan lirik luar dari kumpulan ini.Di awal kemunculan kumpulan ini iaitu sekitar penghujung 1990-an, mereka membawakan muzik bergenre pop, namun pada awal 2000-an mereka beralih arah kepada muzik pop rock.