Boeing_747
Boeing_747

Boeing_747

Boeing 747 adalah pesawat komersial berbadan lebar dan pesawat pengangkut kargo, sering dikenali sebagai Jumbo Jet atau Queen of the Skies. Ia antara pesawat paling dikenali dunia,[4] dan merupakan pesawat berbadan lebar pertama dihasilkan. Dihasilkan oleh unit pesawat komersial Boeing di Amerika Syarikat, versi original 747 adalah dua kali setengah saiz Boeing 707,[5] satu daripada pesawat komersial besar biasa pada 1960an. Penerbangan secara komersial pada 1970, 747 memegang rekod kapasiti penumpang selama 37 tahun.[6]Pesawat empat enjin 747 menggunakan konfigurasi dua dek untuk sebahagian daripada panjangnya.747-400, the most common passenger version in service,adalah antara pesawat terpantas dalam perkhidmatan dengan kelajuan subsonik tinggi Mach 0.85–0.855 (sehingga 570 mph, 920 km/h). Ia mampu terbang antara benua sejauh 7,260 batu nautika (8,350 mi atau 13,450 km).[7] 747-400 versi penumpang mampu menampung 416 penumpang dalam tiga kelas, 524 penumpang dalam konfugirasi dua kelas, atau 660 penumpang dalam konfugirasi satu kelas.[8] Versi terbaru pesawat, 747-8, adalah dalam pengeluaran dan menerima perakuan pada 2011. Penghantaran 747-8F versi kapal pengangkut pada pelanggan pelancaran Cargolux bermula pada Oktober 2011; penghantaran 747-8I passenger versi penumpang kepada Lufthansa bermula pada Mei 2012. 747 ini bakal diganti oleh Boeing Y3 (sebahagian daripada Boeing Yellowstone Project) pada masa depan.

Boeing_747

Status Aktif
Variasi Boeing 747SP
Boeing VC-25
Boeing 747-400
Boeing 747-8
Boeing 747 LCF
Pengenalan 1970 with Pan Am and TWA[1]
Penerbangan pertama 9 February 1969[1]
Syarikat penerbangan utama British Airways
Japan Airlines
Korean Air
Cathay Pacific
Peranan Pesawat jet berbadan lebar
Kos unit 747-100: US$24 juta (1967)
747-200: US$39 juta (1976)
747-300: US$83 juta (1982)
747-400: US$228–260 juta (2007)
747-8I: US$351.4 juta[3]
747-8F: US$352 juta
Jumlah dibina 1,458 setakat Disember 2012[update][2]
Dikeluarkan 1969-kini
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Negara pengeluar Amerika Syarikat

Rujukan

WikiPedia: Boeing_747 http://www.boeing.com/commercial/747family/ http://www.boeing.com/commercial/747family/pf/pf_4... http://www.boeing.com/commercial/prices/ http://www.boeing.com/news/releases/2003/q4/nr_031... http://www.boeing.com/news/releases/2005/q1/nr_050... http://www.gocalipso.com/aircraft/boeing747/boeing... http://www.newairplane.com/747e-brochure/ http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.centennialofflight.gov/essay/Aerospace/... http://www.aircraft-info.net/aircraft/jet_aircraft...