Boeing_Defense,_Space_&_Security

Boeing Integrated Defense Systems (Boeing IDS), yang berpangkalan di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, adalah merupakan sebuah unit The Boeing Company yang bertanggungjawab untuk produk-produk dan perkhidmatan di dalam pertahanan dan aeroangkasa. Boeing IDS telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan menggabungkan divisyen "Military Aircraft and Missile Systems" dan "Space and Communications".[3] Boeing IDS telah menjadikan Boeing sebagai kontraktor pertahanan kedua terbesar di dunia dan bertanggungjawab dalam menjana kira-kira 56% pendapatan syarikat.[4]