Bohsia:_Jangan_Pilih_Jalan_Hitam
Bohsia:_Jangan_Pilih_Jalan_Hitam

Bohsia:_Jangan_Pilih_Jalan_Hitam

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem aksi Malaysia 2009 arahan Syamsul Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Filem yang dibintangi Nabila Huda, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, dan Diana Danielle. Syamsul sendiri turut berlakon dalam filem kedua arahannya sekaligus merupakan kali kedua Syamsul menyandang peranan pengarah dan penulis lakon layar selepas memasuki persada perfileman negara menerusi filem Evolusi KL Drift pada tahun 2008.[2]Filem yang menelan belanja RM1.5 juta[3] ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan) oleh pihak Lembaga Penapisan Filem.[4] Filem ini dibuka kepada umum di lebih 60 pawagam di Malaysia dan Singapura pada 23 April 2009. Filem ini telah dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungan filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 ditayangkan pada 7 Jun 2012.

Rujukan

WikiPedia: Bohsia:_Jangan_Pilih_Jalan_Hitam http://www.agendadaily.com/Hiburan/pengarah-filem-... http://www.budiey.com/filem-jalan-kembali-bohsia-2... http://www.budiey.com/sinopsis-bohsia-jangan-pilih... http://www.imdb.com/title/tt1429007/ http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/S... http://cinema.com.my/movies/details.aspx?search=20... http://cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?se... http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.... http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/201...