Bola_sepak
Bola_sepak

Bola_sepak

Bola sepak (tulisan Jawi: بولا سيڤق, juga di beberapa kawasan di Indonesia: sepak bola) ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan lebih daripada 250 juta orang di lebih buah 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling terkenal dan ia juga merupakan sukan rasmi di dunia.[1] [2] [3][4] Bola sepak bertujuan menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Bahasa Perancis: Fédération Internationale de Football Association).Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap empat tahun sekali.Di Malaysia, dan beberapa negara asia tenggara yang lain, Piala AFF Suzuki merupakan satu kejohanan yang dianggap Piala Dunia bagi negara-negara dia Asia Tenggara. Antara negara yang telah memenangi kejohanan ini ialah Thailand, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

Bola_sepak

Kategori Berpasukan, bola
Olimpik Ya, sejak 1900
Nama samaran Bola
Ahli pasukan 11 pada satu masa
Pertama dimainkan Pertengahan abad ke-19 England
Contact Bersentuh
Badan induk tertinggi FIFA
Jantina bercampur Berasingan
Bola Bola sepak