Teknik Bola_sepak

Maklumat lanjut: Kedudukan bola sepak

Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:

  • pertahanan - pemain yang pakar dalam menyekat serangan atau mencegah musuh daripada membuat jaringan
  • pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
  • penyerang - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.