Bollywood

Bollywood (bahasa Hindi: बॉलीवुड, bahasa Urdu: بالی وڈ) adalah nama bukan rasmi diberikan kepada filem Hindi berasaskan Mumbai di India. Istilah ini sering digunakan secara tidak tepat pada keseluruhan pawagam India. Bollywood adalah sebahagian daripada industri filem India.[1][2][3]Nama Bollywood adalah suatu portmanteau Bombay (nama terdahulunya untuk Mumbai) dan Hollywood, pusat idustri filem Amerika. Walaupun sestengah orang mengesali nama itu, mengemukakan alasan bahawa ia membuat industri tersebut kelihatan seperti sepupu miskin dibandingkan dengan Hollywood, ia kelihatan mungkin berterusan dan sekarang ia mempunyai kemasukan sendiri dalam Kamus Inggeris Oxford.Bollywood pada umumnya dirujukkan sebagai pawagam Hindi, walaupun Bahasa Hindustani, substratum umum ke Hindi dan Urdu, boleh didapati lebih tepat. Bollywood terdiri dari bahasa-bahasa Hindi, Urdu dan Inggeris. Kegunaan kata-kata bersajak Urdu agak banyak terdapat. Perhubungan di antara bahasa Hindi, Urdu, dan Hindustani adalah hal yang sangat berbalah.Telah ada kehadiran bertambah Bahasa Inggeris India dalam dialog dan lagu juga. Ia bukanlah tidak umum untuk melihat filem yang mencirikan dialog dengan kata-kata dan ungkapan, juga ayat penuh Inggeris. Telah ada bilangan filem bahasa Inggeris yang bertambahan. Berapa juga filem juga ditayangkan dalam dua atau juga tiga bahasa (sama ada menggunakan sarikata, atau beberapa runut bunyi).