Bombacaceae ialah
nama botani pada
aras famili dan, sebagaimana dengan semua nama botani, pembatasan dan taraf
taksonnya berbeza-beza mengikut sudut pandangan
taksonomi. Nama familinya berdasarkan genus Bombax.Penyelidikan
filogeni terkini menunjukkan bahawa Bombacaceae, sebagaimana dibataskan secara tradisi, bukannya suatu kumpulan
monofili. Bombacaceae tidak diakui oleh
Kumpulan Filogeni Angiosperma pada aras famili, tetapi kebanyakan taksonnya diolah sebagai subfamili Bombacoideae dalam famili
Malvaceae sensu lato (lihat juga
Sterculiaceae dan
Tiliaceae). Hubungan yang rapat antara Bombacaceae dan Malvaceae telah lama diketahui tetapi sehingga baru-baru ini, famili-famili tersebut telah dikekalkan sebagai kumpulan-kumpulan yang berasingan dalam kebanyakan sistem pengelasan, dan masih diasingkan dalam banyak sumber rujukan.Menurut takrif tradisi, famili Bombacaceae termasuk kira-kira 30 genus dengan kira-kira 250 spesies pokok tropika. Sebilangannya mempunyai lilit yang besar, dan digelarkan "pokok botol". Banyak spesies bertumbuh menjadi pokok-pokok yang besar, dengan Ceiba pentandra merupai pokok yang tertinggi dengan ketinggian sebanyak 70
meter. Banyak daripada genus-genus Bombacaceae memainkan peranan komersil yang penting, dan menghasilkan
kayu balak,
buah-buahan atau serat yang berguna. Famili ini terkenal untuk sebilangan
kayu keras komersil yang paling lembut, khususnya
balsam (Ochroma lagopus).
Durio zibethinus, sejenis spesies
pokok durian, amat termasyhur untuk rasanya yang lebih baik daripada baunya. Pada suatu masa, serat
kapuk digunakan untuk membuat pelampung keselamatan.
Pokok Baobab atau "Pokok Botol" (Adansonia spp.) merupakan ikon yang penting di beberapa bahagian
Afrika,
Australia dan
Madagascar, disebabkan batangnya yang amat kuat. Ciri pokok ini merupakan mekanisme untuk menyimpan
air dengan lebih berkesan.