Bonn

Bandaraya Persekutuan Bonn (Sebutan bahasa Jerman: [ˈbɔn]  ( dengar)) ialah sebuah bandar raya Jerman di tebing Sungai Rhine di negeri North Rhine-Westphalia, dengan penduduk lebih 300,000 orang. Kira-kira 24 km (15 mi) di selatan tenggara Cologne, Bonn berada dibahagian paling selatan wilayah Rhine-Ruhr, kawasan metropolitan terbesar Jerman, dengan lebih 11 juta penduduk.Oleh kerana kompromi politik berikutan penyatuan semula Jerman, negara Jerman mengekalkan keberadaan yang besar di Bonn. Bonn adalah pusat pemerintahan kedua Presiden, Canselor, Bundesrat dan pusat utama enam kementerian kerajaan persekutuan dan 20 badan berkuasa persekutuan. Gelaran unik Bandaraya Persekutuan (Bahasa Jerman: Bundesstadt) mencerminkan kepentingan status politiknya di Jerman.[2]Diasaskan pada abad pertama Sebelum Masihi (SM) sebagai penempatan Roman, Bonn merupakan salah satu bandar tertua Jerman. Dari tahun 1597 hingga 1794, Bonn adalah ibu kota Elektorat Cologne, dan tempat kediaman ketua-ketua biskop dan Putera-elektor Cologne. Komposer Ludwig van Beethoven telah dilahirkan di Bonn pada tahun 1770. Dari tahun 1949 hingga 1990, Bonn merupakan ibu negara sementara ("pusat sementara institusi Persekutuan") Jerman Barat, dan perlembagaan sekarang Jerman, iaitu Hukum Asas, telah diisytiharkan di bandar ini pada tahun 1949. Dari tahun 1990 hingga 1999, Bonn berfungsi sebagai pusat kerajaan – tetapi bukan lagi ibu negara – Jerman bersatu.Ibupejabat Deutsche Post DHL dan Deutsche Telekom, dua-dua syarikat yang disenaraikan DAX, berada di Bonn. Bandar ini adalah kediaman bagi Universiti Bonn dan sejumlah 20 institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), termasuk ibupejabat Sekretariat UN Framework Convention Climate Change (UNFCCC), Sekretariat UN Convention to Combat Desertification (UNCCD), dan program Sukarelawan UN.[3]

Bonn

Daerah Daerah urban
Founded Abad pertama SM
• Kepadatan 2,300/km2 (6,000/batu persegi)
Zon waktu CET/CEST (UTC+1/+2)
Negeri Nort Rhine-Westphalia
Kod postal
53111–53229
• Datuk Bandar Ashok-Alexander Sridharan (CDU)
Laman web www.bonn.de
Kod dailan 0228
Negara Jerman
Wilayah pentadbiran Cologne
• Jumlah 325,490
Pendaftaran kenderaan BN