Boris_Yeltsin
Boris_Yeltsin

Boris_Yeltsin

Boris Nikolayevich Yeltsin (Bahasa Rusia:  Борис Николаевич Ельцин (bantuan·maklumat); IPA: [bɐˈɾʲis nʲɪkɐˈɫaɪvʲɪtɕ ˈjelʲtsɨn]) (1 Februari 1931 – 23 April 2007) ialah Presiden pertama Persekutuan Rusia yang berkhidmat dari tahun 1991 hingga 1999.Yeltsin mengambil alih tampuk pemerintahan dengan harapan tinggi. Pada 12 Jun 1991, beliau dipilih menjadi presiden Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dengan 57% undian, menjadikannya presiden pertama yang dipilih melalui undian awam. Sungguhpun demikian, sambutan orang ramai terhadap Yeltsin menjunam setelah negara Rusia mengalami krisis demi krisis ekonomi dan politik pada 1990-an. Zaman pemerintahan Yeltsin dicemari korupsi berleluasan, kegawatan ekonomi, dan masalah politik dan sosial yang besar. Ketika beliau meletak jawatan, kajian menganggarkan cuma 2% rakyat yang menyokong Yeltsin.[1]Berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada Disember 1991, Yeltsin yang berikrar agar mengubah ekonomi perancangan pusat sosialis negaranya menjadi ekonomi pasaran bebas, mendukung pembebasan harga dan rancangan penswastaan. Akibat amalan rasuah dan faktor-faktor lain, kebanyakan kekayaan negara jatuh di tangan segelintir kecil orang sahaja.[2]Pada bulan Ogos 1991, Yeltsin disanjung di peringkat antarabangsa kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat serta berjaya meredah percubaan merampas kuasa oleh ahli-ahli kerajaan Soviet yang menentang perestroika. Beliau melepaskan jawatan dengan sambutan dingin oleh penduduk Rusia yang mencemuhnya sebagai seorang autokrat yang lemah.[3] Beliau bertindak sebagai perdana menteri sendiri (hingga Jun 1992) atau melantik menteri-menteri sendiri tanpa menghiraukan parlimen. Pertelingkahan antara Yeltsin dengan parlimen memuncak dalam krisis perlembagaan pada Oktober 1993, apabila beliau mengerah tentera untuk menawan semula Rumah Putih Rusia, selepas musuh-musuhnya menawan bangunan tersebut. Pada tahun 1993 juga, Yeltsin mengisytiharkan perlembagaan baru yang memperkasakan kuasa presiden, yang diluluskan oleh referendum pada bulan Disember.Beberapa jam sebelum hari pertama tahun 2000, Yeltsin menggemparkan dunia dengan mengumumkan beliau menyerahkan jawatan kepada Vladimir Putin.

Boris_Yeltsin

Lahir 1 Februari 1931
Butka, Sverdlovsk, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
Didahului oleh Jawatan diasaskan
Tandatangan Fail:Yeltsin signature svg.svg
Digantikan oleh Vladimir Putin
Pasangan Naina Yeltsina
Parti politik Parti Komunis Kesatuan Soviet (hingga 1990)
Bebas (mulai 1990)
Meninggal dunia 23 April 2007(2007-04-23) (umur 76)
Moscow, Rusia
Perdana Menteri Yegor Gaidar
Viktor Chernomyrdin
Sergey Kiriyenko
Yevgeny Primakov
Sergei Stepashin
Vladimir Putin
Naib Presiden Alexander Rutskoy (1991-1993)