Borussia_Dortmund
Borussia_Dortmund

Borussia_Dortmund

Ballspielverein Borussia 09 e. V. Dortmund (singkatan: Borussia Dortmund, BVB atau BVB 09) ialah sebuah kelab sukan yang diasaskan di Dortmund, Jerman; dimana divisyen bola sepak merupakan ciri utama persatuan. Borussia Dortmund adalah salah satu kelab bola sepak paling berjaya di Jerman. Disamping 8 kejuaraan domestik dan 3 Piala Liga DFB yang dimiliki,BVB juga merupakan kelab Jerman pertama yang memenangi kejuaraan Eropah dengan menjuarai trofi Liga Eropah pada tahun 1966.Pada tahun 1997,BVB merupakan juara bagi Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA. Pasukan Borussia Dortmund merupakan penyandang juara bagi liga Jerman.Walaupun pada asalnya Borussia Dortmund hanyalah ditubuhkan sebagai sebuah kelab bola sepak,namun pada masa kini,kelab ini juga memiliki sebuah pasukan bola baling dan juga ping pong yang bersaing di liga tempatan.Pada masa yang sama,cabang-cabang ini juga berfungsi sebagai kelab penyokong pasukan yang menjaga kebajikan hampir 60000 ahli kelab.

Borussia_Dortmund

Stadium Signal Iduna Park
(Muatan: 80.720)
Diasaskan 19 Disember 1909
Pengurus Thomas Tuchel
Nama penuh Ballspielverein Borussia 09 e. V.
Dortmund
Borussia Dortmund GmbH & Co. KGaA
Liga Bundesliga
2011-12 Juara
Pengerusi Reinhard Rauball