Boson

Boson adalah zarah-zarah yang menuruti statistik Bose-Einstein. Zarah-zarah ini cenderung untuk berada di dalam keadaan (yakni bernombor kuantum) yang sama, terutama pada suhu rendah. Ia merupakan salah satu kelas zarah asas selain fermion yang bersifat bertentangan.[1] Boson mempunyai (nombor kuantum) spin yang bernilai integer.Nama "boson" dibentuk oleh Paul Dirac[2] sempena memperingati sumbangan Satyendra Nath Bose,[3][4] seorang ahli fizik dan profesor di Universiti Dhaka yang membantu membangunkan statistik Bose-Einstein (bersama Albert Einstein) yang menteorikan ciri-ciri zarah asas.[5]