Boson_Higgs
Boson_Higgs

Boson_Higgs

Boson Higgs atau zarah Higgs ialah zarah asas yang dihipotesiskan wujud dalam Model Piawai fizik zarah. Ia dinamakan bersempena Peter Higgs yang, bersama lima lagi, mencadangkan mekanisme yang mengesyorkan zarah sedemikian pada 1964.[4][5][6]Kewujudan boson Higgs dan medan Higgs yang berkait akan menjadi kaedah termudah yang menjelaskan mengapa sebahagian zarah asas lain memiliki jisim. Teori ini mengatakan yang suatu medan tak kelihatan memenuhi semua ruang; medan ini memiliki nilai bukan-sifar di serata tempat, malah dalam keadaan tenaga terendah, dan zarah asas lain kemudian mendapat jisim apabila berinteraksi dengannya. Boson Higgs—ujaan terkecil mungkin medan ini—diramalkan wujud oleh teori sama, dan oleh sebab ini boleh dikesan, ia telah menjadi sasaran pencarian lama dalam fizik zarah. Salah satu tujuan utama Pelanggar Hadron Besar (LHC) di CERN di Geneva, Switzerland—pemecut zarah paling berkuasa dan salah satu alat sains paling rumit pernah dibina—ialah untuk menguji kewujudan boson Higgs dan mengukur cirinya yang akan membolehkan ahli fizik mengesahkan batu asas teori moden ini.Sehingga akhir 2011 beberapa uji kaji telah secara beransur-ansur dan tekal menyerlahkan jisim sekitar 7002125000000000000♠125 GeV/c2. Pada 4 Julai 2012, pasukan uji kaji CMS dan ATLAS di LHC secara bebas mengumumkan yang kedua-dua mereka mengesahkan secara rasmi penemuan boson yang belum diketahui dengan jisim antara 125–127 GeV/c2, yang sifatnya setakat ini "sejajar" dengan boson Higgs. Mereka bagaimanapun menambah nota waspada bahawa data dan analisis lanjut diperlukan sebelum secara positif mengenal pasti boson baharu ini benar-benar sejenis boson Higgs.

Rujukan

WikiPedia: Boson_Higgs http://www.atlas.ch/news/2012/latest-results-from-... http://cms.web.cern.ch/news/observation-new-partic... http://press.web.cern.ch/press/PressReleases/Relea... http://www.youtube.com/watch?v=vXZ-yzwlwMw http://adsabs.harvard.edu/abs/1964PhRvL..13..321E http://adsabs.harvard.edu/abs/1964PhRvL..13..508H http://adsabs.harvard.edu/abs/1964PhRvL..13..585G http://prl.aps.org/abstract/PRL/v13/i16/p508_1 //doi.org/10.1103%2FPhysRevLett.13.321 //doi.org/10.1103%2FPhysRevLett.13.508