Boutros_Boutros-Ghali
Boutros_Boutros-Ghali

Boutros_Boutros-Ghali

Boutros Boutros-Ghali (Bahasa Qibti: Ⲡⲉⲧⲣⲟⲥ Ⲡⲉⲧⲣⲟⲥ-Ⲅⲁⲗⲓ, Bahasa Arab: بطرس بطرس غالي‎ Buṭrus Buṭrus Ghālī ; 14 November 1922 – 16 Februari 2016) merupakan seorang ahli politik dan diplomat warga Mesir. Beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-9 ketika pertubuhan tersebut menghadapi beberapa krisis dunia yang berlaku pada ketika itu termasuk pemecahan gabungan Yugoslavia serta Genosid Rwanda. Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung La Francophonie pertama dari 16 November 1997 sehingga 31 Disember 2002.