Bo’or

Bo'or merupakan salah satu khazanah sastera rakyat orang Dusun Kimaragang. Bo'or merupakan satu bentuk pantun yang begitu masyhur di Sabah, Malaysia. Namun pada masa kini bo’or hanya dituturkan semasa majlis keramaian tertentu dan tidak lagi digunakan secara meluas. Ia biasanya digunakan dengan menggunakan bahasa Dusunik.