Br'er_Rabbit
Br'er_Rabbit

Br'er_Rabbit

Br'er Rabbit (juga dieja Bre'r Rabbit, Brer Rabbit atau Bruh Rabbit, dengan gelaran "Br'er" disebut /ˈbrɛər/) ialah salah satu watak utama dalam cerita Uncle Remus dari Amerika Syarikat Selatan. Br'er Rabbit merupakan seekor arnab licik yang berjaya kerana kepandaiannya berbanding kekuatannya, mempersenda watak pembesar serta melanggar tatalaku sosial apabila dirasai perlu. Kisah Br'er Rabbit (yang namanya dipendekkan daripada "Brother Rabbit" atau "Abang Arnab") dikaitkan dengan budaya Afrika dan Cherokee. Kemudian, Disney mengadaptasikan watak ini dalam filem Song of the South.