Brain_Dead_(kumpulan)
Brain_Dead_(kumpulan)

Brain_Dead_(kumpulan)

Brain Dead adalah sebuah kumpulan heavy metal yang berasal dari Taiping, Perak, Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1988. Brain Dead terdiri dari penyanyi utama/pemain gitar Ein, pemain gitar Malek, pemain bass Hashim dan pemain drum Lan "Bye".Sejak ditubuhkan, Brain Dead telah menerbitkan 2 buah demo, sebuah album dan sebuah album berkembar (bersama Silent Death). Kumpulan ini telah mendiamkan diri selepas album berkembar tersebut sejak 1995. Walaupun pernah dijadikan sebagai band perdana di sebuah persembahan di Johor Bahru, kumpulan ini telah kembali aktif semula sepenuhnya pada tahun 2008.