Brandenburg

Brandenburg ( sebutan (bantuan·maklumat); bahasa Sorbia rendah: Bramborska; bahasa Sorbia tinggi: Braniborska) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini terletak di bahagian timur Jerman dan merupakan salah satu negeri baru yang dibentuk selepas penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur pada tahun 1990. Ibu negerinya ialah Potsdam. Brandenburg mengelilingi, tetapi tidak mengandungi, ibu negara Jerman, Berlin.Dari segi sejarah, Brandenburg telahpun wujud sebagai sebuah negara merdeka, iaitu Markgrafschaf Brandenburg, yang berkembang menjadi tulang belakang kepada kemerdekaan Prusia. Sekitar satu pertiga daripada wilayah besejarah Brandenburg diambil oleh Poland berikutan pensempadan semula oleh Kuasa Berikat selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Negeri ini mendapat nama daripada sebuah bandar, iaitu Brandenburg an der Havel.