Brazil
Brazil

Brazil

Brazil (Bahasa Portugis: Brasil, IPA: [bɾaˈziw]), nama rasmi: Republik Persekutuan Brazil[5] (Bahasa Portugis: República Federativa do Brasil,  dengar (bantuan·maklumat)), ialah negara terbesar di Amerika Selatan, dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi keluasan geografi dan jumlah keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk.[6][7] Brazil merupakan berbahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika, dan yang terbesar di dunia.[6]Disempadani oleh Lautan Atlantik di timur, Brazil mempunyai garis tepi laut sepanjang lebih 7,491 kilometer (4,655 batu).[6] Brazil bersempadan dengan Venezuela, Guyana, Suriname Guiana Perancis (sebuah wilayah tanggungan Perancis) di utara; Colombia di barat laut; Bolivia dan Peru di barat; Argentina dan Paraguay di barat daya, dan Uruguay di selatan. Wilayah Brazil juga dilengkapi dengan beberapa gugus kepulauan, seperti Fernando de Noronha, Atol Rocas, Batuan Saint Peter dan Paul, dan Trindade dan Martim Vaz.[6] Brazil bersempadan dengan hampir semua negara Amerika Selatan kecuali Ecuador dan Chile.Brazil pernah menjadi tanah jajahan Portugal sejak ketibaan Pedro Álvares Cabral pada tahun 1500 hingga tahun 1815, apabila ia dinaik taraf ke Kerajaan Bersatu bersama Portugal dan Algarves. Ikatan kolonial itu akhirnya renggang pada tahun 1808, apabila ibu negara Negara Beraja Portugal dipindahkan dari Lisbon ke Rio de Janeiro, ekoran serangan Napoleon terhadap Portugal.[8] Kemerdekaan Brazil dari Portugal tercapai pada 1822. Mula-mulanya diasaskan sebagai Empayar Brazil, negara ini menjadi republik pada tahun 1889, namun sistem perundangan dwidewan, kini bergelar Kongres, diasaskan pada tahun 1824, apabila perlembagaan pertama negara diratifikasi.[8] Perlembagaan sekarang mentakrifkan Brazil sebagai sebuah Republik Persekutuan.[9] Persekutuan ini terbentuk oleh kesatuan Wilayah Persekutuan, 26 Negeri, dan 5,564 Kawasan Perbandaran.[9][10]Ekonomi Brazil ialah ekonomi kelapan terbesar dari segi KDNK[11] dan ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli.[12] Brazil merupakan salah sebuah ekonomi utama dunia yang paling pesat membangun. Atas berkat pembaharuan ekonomi, negara ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.[13] Brazil merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G-20, CPLP, Kesatuan Latin, Pertubuhan Negara Ibero-Amerika, Mercosul dan Kesatuan Negara Amerika Selatan, dan juga salah sebuah negara BRIC. Brazil juga menjadi tempat letaknya kepelbagaian hidupan liar, persekitaran alam, dan sumber alam yang kaya di pelbagai habitat terlindung.[6]

Brazil

Zon masa UTC-2 sampai -4 (BRT)
Pemerintahan Republik berperlembagaan persekutuan
• Dewan Rakyat Dewan Perwakilan
Bahasa rasmidan bahasa kebangsaan Bahasa Portugis
• Naib Presiden Hamilton Mourão
Perundangan Kongres Kebangsaan
• Kepadatan 25/km2 (64.7/sq mi) (ke-199)
Kod ISO 3166 BR
KDNK (PPP) Anggaran 2018 
Mata wang Real (R$) (BRL)
Format tarikh dd/mm/yyyy
Demonim Bangsa Brasil
HDI (2015) ▬ 0.754[4]
tinggi · ke-79
• Diiktiraf 29 Ogos 1825
• Perlembagaan semasa 5 Oktober 1988
• Musim panas (DST) UTC-2 sampai -5 (BRST)
• Republik 15 November 1889
Ibu kota Brasília
15°47′S 47°52′W / 15.783°S 47.867°W / -15.783; -47.867
• Dewan Pertuanan Senat Persekutuan
Kumpulan etnik (2010) 47.73% Putih
43.13% Pardo
7.61% Hitam
1.09% Asia
0.43% Amerindian
• Anggaran 2018 209,129,000[1] (ke-6)
Bandar terbesar São Paulo
23°33′S 46°38′W / 23.550°S 46.633°W / -23.550; -46.633
Agama 64.6% Katholik
22.2% Protestant
8.0% Tidak beragama
2.0% Spiritisme
3.2% Lain-lain
• Per kapita $10,224[2] (ke-65)
Gini (2015)  51.3[3]
tinggi
Bahagian memandu Kanan
Kod panggilan +55
• Total $3.389 trillion[2] (ke-8)
• Diisytiharkan 7 September 1822
KDNK (nominal) Anggaran 2018 
• Air (%) 0.65
• Jumlah $2.139 trillion[2] (ke-9)
Internet TLD .br
• Presiden Jair Bolsonaro

Rujukan

WikiPedia: Brazil http://www.ctgas.com.br/conteudo/img_upload/Projec... http://www.jusbrasil.com.br/noticias/74894/futebol... http://www.mzweb.com.br/santosbrasil/web/conteudo_... http://www.obamonteverde.com.br/ http://aulete.uol.com.br/site.php?mdl=aulete_digit... http://michaelis.uol.com.br/moderno/portugues/inde... http://valetudo.com.br/ http://www.cpatsa.embrapa.br/servicos/dadosmet/cem... http://www.bcb.gov.br/htms/relinf/ing/2004/06/ri20... http://www.brasil.gov.br/?set_language=en