Demografi Brazil

Colour/Race (2008)
Putih48.43%
Sawo Matang (Kacukan)43.80%
Hitam6.84%
Asia0.58%
Amerindian0.28%

Menurut rekod PNAD 2008, Jumlah penduduk Brazil adalah sekitar 190 juta[208] (22.31 penduduk per kilometer persegi), dengan nisbah lelaki dengan perempuan 0.95:1[209], dan 83.75% penduduk negara yang ditakrifkan sebagai warga bandar.[210] Kependudukan Brazil amat tertumpu di kawasan Tenggara (79.8 juta penduduk) dan Timur Laut (53.5 juta penduduk), manakala dua kawasan yang paling luas iaitu Barat Tengah dan Utara yang bersama-sama meliputi 64.12% wilayah Brazil, hanya diduduki 29.1 orang penduduk.

Jumlah penduduk Brazil bertambah secara mendadak pada tahun 1940 hingga 1970, kesan penurunan kadar kematian, meskipun kadar kelahiran sedikit merosot. Pada 1940-an, kadar pertumbuhan penduduk berada pada takat 2.4%, kemudian meningkat kepada 3.0% pada 1950-an dan kekal pada 2.9% pada 1960-an, sementara jangka hayat penduduk meningkat daripada 44 tahun kepada 54 tahun pada zaman itu[211] dan 72.6 tahun pada 2007.[212]

Kadar pertumbuhan penduduk menyusut secara beransur-ansur sejak 1960-an, daripada 3.04% setahun antara 1950–1960 kepada 1.05% pada tahun 2008, dan dijangka jatuh ke nilai negatif –0.29% menjelang tahun 2050 [213] sekaligus melengkapkan peralihan demografi.[214]

Menurut Penyelidikan Negara Mengikut Sampel Isi Rumah (PNAD) tahun 2008, 48.43% penduduk (sekitar 92 juta) mengakui berkulit putih; 43.80% (sekitar 83 juta) berkulit sawo matang (Kacukan), 6.84% (sekitar 13 juta) berkulit hitam; 0.58% (sekitar 1.1 juta) berketurunan Asia; dan 0.28% (sekitar 536 juta) sebagai Amerindian, manakala 0.07% (sekitar 130 juta) tidak menyatakan keturunan mereka.[215]

Pada tahun 2007, Yayasan Indian Negara melaporkan kewujudan 67 buah puak berbeza yang belum dihubungi, iaitu meningkat daripada 40 puak pada tahun 2005. Brazil dipercayai mempunyai bilangan kaum belum dihubungi yang terbanyak di dunia.[216]

Kebanyakan orang Brazil diturunkan daripada kaum pribumi, pendatang Portugis, dan hamba dari Afrika.[217] Sejak ketibaan Portugis pada tahun 1500, banyak berlakunya amalan kahwin campur antara ketiga-tiga golong itu. Penduduk sawo matang (yakni orang Brazil kacukan atau pardo)[218][219] merupakan kategori luas yang merangkumi kaum Caboclo (keturunan orang Putih dan Pribumi), Mulatto (keturunan orang Putih dan Hitam) dan Cafuzo (keturunan orang Hitam dan Pribumi).[217][218][219][220][221][222] Golongan Caboclo membentuk majoriti penduduk di kawasan Utara, Timur Laut dan Barat Tengah[223], manakala penduduk Mulatto yang lebih banyak ditemui di pantai timur kawasan Timur Laut dari Bahia hingga Paraíba[222][224] dan juga di Maranhão utara,[225][226] Minas Gerais selatan[227] dan Rio de Janeiro timur.[222][227] Sejak abad ke-19, Brazil membuka pintunya kepada gelombang penghijrahan. Seramai lima juta orang dari lebih 60 negara berhijrah ke Brazil pada tahun 1808 hingga 1972, kebanyakannya dari Portugal, Itali, Sepanyol, Jerman, Jepun dan Timur Tengah.[228]

Pada tahun 2008, kadar buta huruf warga Brazil adalah 11.48%[229], tetapi bagi golongan berusia 15–19 tahun, kadarnya hanya 1.74%. Kadar buta huruf adalah tertinggi di Timur Laut (20.30%) kerana di situ ramai sekali penduduk luar bandar yang kemiskinan.[230] Ramai lagi orang luar bandar yang buta huruf (24.18%) berbanding orang bandar (9.05%).[231]

Agama

Agama di Brazil (2000 Census)[232]
ReligionPercent
Katolik Rom
  
73.8%
Protestan
  
15.4%
Tiada agama
  
7.4%
Spiritisme
  
1.3%
Lain-lain
  
2.1%

Agama yang terbesar sekali di Brazil ialah Katolik Rom, apatah lagi Brazil mempunyai jumlah penduduk Katolik yang teramai di dunia.[233] Menurut Bancian Demografi 2000 (kajian PNAD tidak bertanyakan agama), 73.57% penduduk menganut agama Katolik Rom; 15.41% Protestan; 1.33% spiritisme Kardec; 1.22% mazhab Kristian yang lain; 0.31% agama Afro-Brazil; 0.13% Buddha; 0.05% Yahudi; 0.02% Islam; 0.01% agama Amerindian; 0.59% lain-lain, tidak dinyatakan atau tidak dipastikan; manakala 7.35% yang selebihnya tidak menganuti sebarang agama.[232]

Pembandaran

Kawasan metropolitan terbesar di Brazil ialah São Paulo, Rio de Janeiro, dan Belo Horizonte — ketiga-tiganya di Kawasan Tenggara — masing-masing diduduki 19.5, 11.5, dan 5.1 juta penduduk.[234] Hampir semua ibu negeri di Brazil merupakan bandaraya terbesar di negeri masing-masing, kecuali Vitória, ibu negeri Espírito Santo, dan Florianópolis, ibu negara Santa Catarina. Terdapat juga kawasan metropolitan bukan ibu kota di negeri São Paulo (Campinas, Santos dan Lembah Paraíba), Minas Gerais (Vale do Aço), Rio Grande do Sul (Lembah Sinos), dan Santa Catarina (Lembah Itajaí).[235]

Templat:Largest cities of Brazil

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Portugis
Muzium Bahasa Portugis di São Paulo, muzium bahasa pertama di dunia.

Bahasa rasmi Brazil ialah bahasa Portugis[7] yang dituturkan oleh hampir seluruh penduduk dan hampir-hampir menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan dalam akhbar, radio, televisyen, dan tujuan perniagaan dan pentadbiran. Ada satu pengecualian di kawasan perbandaran São Gabriel da Cachoeira yang mana bahasa pribumi Nheengatu diberi status rasmi bersama bahasa Portugis.[236] Brazil merupakan satu-satunya negara berbahasa Portugis di benua Amerika, maka bahasa ini menjadi lambang identiti kebangsaan yang penting buat Brazil yang memberikan budaya negara yang berbeza daripada negara-negara jiran yang berbahasa Sepanyol.[237]

Perkembangan bahasa Portugis di Brazil dipengaruhi oleh bahasa-bahasa pribumi dan Afrika.[238] Hasilnya, bahasa Portugis di Brazil agak berbeza dengan bahasa di Portugal dan negara-negara berbahasa Portugis yang lain, dari segi fonologi. Perbezaan ini boleh dibandingkan dengan perbezaan bahasa Inggeris antara Amerika dan British.[238]

Pada tahun 2008, Komuniti Negara Berbahasa Portugis (CPLP) yang disertai wakil-wakil dari semua negara yang berbahasa Portugis sebagai bahasa rasmi, mencapai kata sepakat untuk memperbaharui bahasa Portugis untuk menjadi satu bahasa antarabangsa, daripada dua loghat yang menyimpang dalam satu bahasa. Semua negara CPLP dikehendaki membuat perubahan tersebut dalam tahun 2009 hingga 2014.[239]

Selain bahasa Portugis, tidak kurang juga bahasa minoriti yang dituturkan oleh warga Brazil. 180 bahasa Amerindian dituturkan di kawasan terpencil, manakala ada beberapa lagi bahasa yang digunakan oleh golongan pendatang dan para pewarisnya.[238] Terdapat komuniti penutur bahasa Jerman (terutamanya Hunsrückisch, sebuah loghat Jerman Tinggi) dan Itali (terutamanya loghat Talian yang berasal dari bahasa Venice) yang ramai di selatan negara, tetapi kedua-duanya dipengaruhi oleh bahasa Portugis.[240][241] Brazil ialah negara pertama di Amerika Selatan yang menawarkan pelajaran Esperanto kepada pelajar sekolah tinggi.[242]

Rujukan

WikiPedia: Brazil http://www.ctgas.com.br/conteudo/img_upload/Projec... http://www.jusbrasil.com.br/noticias/74894/futebol... http://www.mzweb.com.br/santosbrasil/web/conteudo_... http://www.obamonteverde.com.br/ http://aulete.uol.com.br/site.php?mdl=aulete_digit... http://michaelis.uol.com.br/moderno/portugues/inde... http://valetudo.com.br/ http://www.cpatsa.embrapa.br/servicos/dadosmet/cem... http://www.bcb.gov.br/htms/relinf/ing/2004/06/ri20... http://www.brasil.gov.br/?set_language=en