Ekonomi Brazil

Rencana utama: Ekonomi Brazil
Sebuah pesawat komersial Embraer ERJ-135. Brazil merupakan pengeluar kapal terbang ketiga terbesar di dunia.

Brazil merupakan ekonomi negara terbesar di Amerika Latin, ekonomi kelapan terbesar di dunia pada kadar tukaran pasaran, dan yang ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Brazil mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan kaya sekali dengan sumber alam. Ekonomi Brazil diramalkan menjadi antara lima ekonomi terbesar di dunia pada puluhan tahun akan datang, ekoran kenaikan KDNK per kapita.[174] KDNK (PPP) per kapita semasa ialah $10,200, maka Brazil berada di tangga ke-64 menurut data Bank Dunia. Brazil mempunyai sektor-sektor pertanian, perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan yang besar dan maju, di samping bekalan tenaga manusia yang besar sekali.[175]

Peningkatan eksport Brazil telah melahirkan satu generasi usahawan yang baru.[176] Antara hasil keluaran eksport utama termasuk pesawat, kelengkapan elektrik, kereta, etanol, tekstil, kasut, bijih besi, keluli, kopi, jus oren, kacang soya dan konbif.[177] Negara ini meluaskan pengaruhnya dalam pasaran kewangan dan komoditi antarabangsa, serta merupakan salah sebuah negara yang membentuk blok ekonomi memuncul yang bergelar “BRIC” (Brazil, Rusia, India dan China).[178]

Brazil menetapkan mata wangnya, iaitu real, kepada dolar AS pada tahun 1994. Bagaimanapun, selepas Krisis Kewangan Asia Timur, Russian default pada tahun 1998[179] serta kejadian-kejadian kegawatan kewangan yang menyusul, Bank Pusat Brazil menukar dasar kewangannya kepada skim apungan terurus buat sementara ketika mengalami krisis kewangan, kemudian beralih ke rejim pertukaran apungan bebas pada Januari 1999.[180]

Brazil menerima pakej penyelamatan bernilai $30.4 bilion dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada pertengahan tahun 2002,[181]. Bank pusat Brazil membayar balik pinjaman IMF pada tahun 2005, walaupun tarikh pemulangannya adalah pada 2006.[182] Antara isu-isu yang ditangani oleh Bank Pusat Brazil dewasa ini merupakan lebihan aliran masuk modal jangka pendek yang spekulatif ke dalam negara yang mungkin menyebabkan kejatuhan nilai dolar AS berbanding real ketika itu.[183] Walau apapun, pelaburan langsung asing (FDI) yang berkenaan dengan pelaburan jangka panjang yang kurang spekulatif kepada pengeluaran dianggarkan bernilai $193.8 bilion pada tahun 2007.[184] Pengawasan dan pengawalan inflasi kini memainkan sebahagian besar peranan Bank Pusat untuk menetapkan kadar faedah jangka pendek sebagai langkah dasar kewangan.[185]

Komponen ekonomi

Empangan Itaipu, loji hidroelektrik terbesar di dunia dari segi penjanaan tenaga dan yang kedua terbesar dari segi muatan terpasang.

Ekonomi Brazil berbagai-bagai,[186] meliputi sektor pertanian, industri, dan perkhidmatan sekali.[176][187][188][189] Kekuatan ekonomi Brazil dewasa ini berpunca lambungan harga komoditi sedunia dengan kenaikan eksport daging lembu mahupun kacang soya.[188][189] Pertanian dan sektor-sektor berkaitan seperti perhutanan, pembalakan dan perikanan menyumbangkan 5.1% keluaran dalam negeri kasar 2007,[190] satu prestasi yang meletakkan perniagaan tani dalam kedudukan yang menonjol dari segi imbangan dagang Brazil, meskipun berdepan dengan sekatan perdagangan dan dasar subsidi yang diamalkan oleh negara-negara maju.[191]

Sektor perkilangan — baik kereta, keluli, petrokimia, komputer, pesawat, mahupun barang tahan lama pengguna — menyumbangkan 30.8% KDNK.[190] Sektor perindustrian yang berteknologi canggih ini amat tertumpu di kawasan metropolitan São Paulo, Rio de Janeiro, Campinas, Porto Alegre, dan Belo Horizonte.[192]

Tenaga

Brazil merupakan pengguna tenaga yang ke-10 terbesar di dunia, yang mana kebanyakan tenaganya datang dari sumber yang boleh diperbaharui, khususnya hidroelektrik dan etanol; tenaga tak boleh baharu pula banyak dihasilkan daripada minyak dan gas asli.[193] Sebagai kuasa global pertanian dan sumber alam, Brazil menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak 1980-an.[194] Ia dijangka menjadi pengeluar dan pengeksport minyak utama setelah baru menemui sumber minyak yang banyak.[195][196][197] Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas dasar tenaga ialah Kementerian Perlombongan dan Tenaga, Majlis Dasar Tenaga Negara, Agensi Petroleum, Gas Asli dan Biobahan Api Negara, dan Agensi Elektrik Negara.[198][199]

Sains dan teknologi

Makmal Cahaya Sinkrotron Kebangsaan Brazil di Campinas.

Penyelidikan teknologi di Brazil banyak dilakukan di universiti awam dan institut penyelidikan, tetapi lebih 73% dana untuk penyelidikan asas masih datang dari sumber kerajaan.[200] Antara pusat-pusat teknologi yang terpenting di Brazil ialah Institut Oswaldo Cruz, Institut Butantan, Pusat Teknikal Aeroangkasa Tentera Udara, Perbadanan Penyelidikan Pertanian Brazil dan INPE. Agensi Angkasa Brazil memiliki program angkasa lepas yang paling canggih di Amerika Latin, penuh dilengkapi kenderaan pelancaran, tapak pelancaran dan pengilangan satelit.[201]

Uranium diperkaya di Kilang Bahan Api Nuklear Resende untuk menjana permintaan tenaga negara, dan kapal selam nuklear pertama negara berada dalam perancangan.[202] Brazil merupakan satu daripada tiga buah negara Amerika Latin[203] yang mempunyai makmal Sinkrotron yang berfungsi, iaitu kemudahan penyelidikan fizik, kimia, sains bahan dan sains hidupan.

Pengangkutan

Lebuh raya BR-116 di pinggir bandar Fortaleza.

Brazil mempunyai rangkaian pengangkutan yang besar dan berbagai-bagai. Jalan raya merupakan pembawa utama lalu lintas angkutan dan penumpang. Sistem jalan raya berjumlah 1.98 juta km (1.23 juta batu) pada tahun 2002. Jumlah jalan raya berturap meningkat dari 35,496 km (22,056 batu) pada tahun 1967 kepada 184,140 km (114,425 batu) pada tahun tahun 2002.[204]

Lapangan Terbang Recife.

Sistem rel Brazil telah merosot sejak tahun 1945, disebabkan peralihan tumpuan kepada pembinaan lebuh raya. Jumlah kepanjangan landasan tren adalah 30,875 km (19,186 batu) pada tahun 2002, berbanding dengan 31,848 km (19,789 batu) pada tahun 1970. Sebahagian besar sistem rel adalah milik syarikat milik kerajaan. Metro São Paulo merupakan sistem alihan bawah tanah yang sulung di Brazil, disusuli oleh sistem metro yang seumpamanya di Rio de Janeiro, Porto Alegre, Recife, Belo Horizonte, Brasília, Teresina, Fortaleza, dan Salvador.

Di Brazil terdapat 2,500 buah lapangan terbang, termasuk padang mendarat: the second largest number in the world, after the United States.[205] Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos dekat São Paulo, merupakan lapangan terbang yang terbesar dan paling sibuk kerana menguruskan majoriti besar trafik penumpang dan angkutan negara serta menghubungkan bandaraya dengan hampir semua bandaraya utama di dunia.[206]

Perkapalan pinggir laut menghubungkan rantau-rantau yang jauh terpisah dalam negara. Bolivia dan Paraguay diberi pelabuhan percuma di Santos. Daripada 36 pelabuhan air dalam di negara, Santos, Itajaí, Rio Grande, Paranaguá, Rio de Janeiro, Sepetiba, Vitória, Suape, Manaus dan São Francisco do Sul merupakan antara yang paling utama.[207]

Rujukan

WikiPedia: Brazil http://www.ctgas.com.br/conteudo/img_upload/Projec... http://www.jusbrasil.com.br/noticias/74894/futebol... http://www.mzweb.com.br/santosbrasil/web/conteudo_... http://www.obamonteverde.com.br/ http://aulete.uol.com.br/site.php?mdl=aulete_digit... http://michaelis.uol.com.br/moderno/portugues/inde... http://valetudo.com.br/ http://www.cpatsa.embrapa.br/servicos/dadosmet/cem... http://www.bcb.gov.br/htms/relinf/ing/2004/06/ri20... http://www.brasil.gov.br/?set_language=en