Brigedier_Jeneral_TUDM

Brigedier Jeneral TUDM ialah pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia yang paling rendah atau yang paling junior. Ianya setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Laksamana Pertama. Pangkat ini diperkenalkan pada tahun 1983, menggantikan pangkat Air Commodore seperti yang terdapat di dalam perkhidmatan tentera udara negara-negara Komanwel lain. Perubahan berlaku apabila TUDM menukar kepada sistem pangkat mirip Tentera Darat Malaysia menyamai sistem yang terdapat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat. Ketika awal penggunaan pangkat ini, perkataan (Udara) ditambah bagi membezakan diantara pegawai tinggi TUDM dengan TDM. Kini (Udara) tidak digunakan lagi, malah menjadi kelaziman akronim TUDM ditambah dibelakang nama seseorang pegawai tersebut. Tidak pula menjadi kesalahan besar jika akronim TUDM ditinggalkan kerana pemahaman umum, pangkat sama ada Brigedier Jeneral TUDM atau Brigedier Jeneral Tentera Darat, adalah setara.