Broery_Marantika
Broery_Marantika

Broery_Marantika

Broery Marantika kemudian dikenali juga dengan nama Broery Pesulima (lahir di Ambon, 25 Jun 1948 – meninggal di Depok, 7 April 2000 pada umur 51 tahun) adalah penyanyi dan penggubah dari Indonesia kelahiran Ambon. Nama sebenarnya adalah Simon Dominggus Pesulima, tetapi dia tidak menggunakan Pesulima ketika mula-mula dikenali sebagai penyanyi. Sebaliknya, Broery menggunakan nama keluarga Marantika, yakni nama keluarga ayah angkatnya yang juga bapa saudara sebelah ibunya, Paderi Simon MarantikaSelama kerjayanya dia lebih dikenali dengan nama Broery Marantika meskipun dia telah menukar kepada Pesulima sejak 80-an lagi. Dia dibesarkan oleh keluarga bapa saudaranya, Paderi Simon Marantika. Ayahnya bernama Gijsberth Pesulima sedangkan ibunya bernama Wilmintje Marantika. Broery mempunyai tiga adik beradik iaitu Henky, Freejohn and Hemi.Salah satu lagunya yang terkenal antara lain adalah Mawar Berduri dan Angin Malam. Ia mengalami angin ahmar pada tahun 1998, setelah itu ia seringkali masuk keluar rumah sakit. Broery meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.Broery menikah pertama kali di Singapura dengan penyanyi setempat yang namanya tersohor di seluruh Asia, Anita Sarawak. Dalam pernikahan itu, Broery menggunakan nama Broery Abdullah. Setelah bercerai, ia kembali menggunakan nama aslinya dan menikahi Wanda Irene Latuperisa. Mereka mempunyai dua orang anak Indonesia Pesulima dan Nabila Methaya Pesulima.