Bronkitis
Bronkitis

Bronkitis

Bronkitis merupakan keradangan pada membran mukus bronkus (salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru).[1][2][3] Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kronik.[1][2][3]Bronkitis akut dicirikan dengan timbulnya batuk dengan atau tanpa penghasilan kahak. Bronkitis akut sering berlaku dalam penyakit bervirus yang akut seperti selesema atau influenza. Virus menyebabkan sekitar 90% kes bronkitis akut, sementara 10% yang selebihnya berpunca dari bakteria.[4][5]Bronkitis kronik iaitu sejenis COPD bercirikan timbulnya batuk produktif yang kekal selama tiga bulan atau lebih per tahun untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bronkitis kronik lazimnya berlaku akibat kecederaan yang berulang-ulang pada salur udara yang disebabkan oleh bahan perengsa yang disedut masuk. Tabiat merokok ialah punca yang paling ketara, disusuli oleh keterdedahan kepada bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida atau nitrogen dioksida,[6] dan juga perengsa pernafasan di tempat kerja.[5][7] Sesiapa yang terdedah kepada asap rokok, perengsa paru-paru kimia, atau terjejas sistem imunnya mengalami lebih besar risiko menghidap bronkitis.[8]

Rujukan

WikiPedia: Bronkitis http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb29135.htm http://www.emedicine.com/article/topic297108.htm http://www.mayoclinic.com/health/bronchitis/DS0003... http://www.mayoclinic.com/health/bronchitis/DS0003... http://www.mayoclinic.com/health/bronchitis/DS0003... http://emedicine.medscape.com/article/807035-overv... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21121518