Bront_Palarae
Bront_Palarae

Bront_Palarae

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan pengacara televisyen Malaysia.[1] Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2000) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3: Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), dan Terbaik dari Langit (2014).Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai kru filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2] Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, Indonesia.[3][4][5]

Bront_Palarae

Pekerjaan Pelakon, penulis lakonlayar, pengarah filem, penerbit, pengacara
Pasangan Rozi Izma (k. 2013)
Anak Adeena Imani
Tahun aktif 2000–kini
Kelahiran Nasrul Suhaimin bin Saifuddin
(1978-09-27) 27 September 1978 (umur 41)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur