Ekonomi Brunei

Rencana utama: Ekonomi Brunei

Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran [keusahawanan] dalam negeri dan asing, kawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli membentuk hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Brunei. Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan isi rumah. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang merupakan syarikat penerbangan negara sedang berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara United Kingdom dan Australia. Syarikat ini juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama.