Menu
Buah keras KegunaanRasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.
Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii. [3]
Banyak bahagian Pokok Buah Keras telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli. Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor. Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea.
Di Tonga sehingga hari ini, buah keras yang masak yang dipanggil oleh mereka sebagai tuitui dipukul sehingga menjadi pes tukilamulamu dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu.
Pada zaman kuno di Hawaii, buah keras dibakar untuk dijadikan lampu. Buah-buah keras dicucuk pada tulang daun kelapa, dan dibakar satu persatu pada setiap lebih kurang 15 minit. Ini menyebabkannya digunakan untuk mengukur masa. Seseorang boleh mengarahkan orang lain supaya kembali sebelum buah keras kedua habis dibakar.
Pada hari ini, Pokok Buah Keras ditanam kerana minyaknya. Di ladang-ladang, setiap pokok boleh menghasilkan 30–80 kilogram buah keras, dengan buah keras menghasilkan 15 - 20% minyak dari segi berat. Kebanyakan minyak digunakan dalam negeri dan tidak didagang di pasaran antarabangsa.
Menu
Buah keras KegunaanBerkaitan
Buah Buah pinggang Buah keras Buah berangan Buah pelaga Buah pala Buah nona Buah kiwi Buah letup Buah khuldiRujukan
WikiPedia: Buah keras http://www.50states.com/tree/hawaii.htm http://www.desert-tropicals.com/Plants/Euphorbiace... http://www.oilsofaloha.com http://books.google.com.my/books?id=UQIfGMUtCO4C&p... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=buah+keras http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kemiri http://www.hear.org/pier/species/aleurites_molucca...