Pencegahan Buasir

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Elakkan punggung anda daripada duduk di kerusi yang keras dan kurang selesa juga panas.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda. Tarik nafas secara teratur dan lembut ketika melakukan " Kegel Exercise"
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Amalkan sebagai satu tabiat baik supaya jangan membaca, melakukan aktiviti - aktivit sampingan (Melayan telefon bimbit) atau berehat-rehat di dalam tandas terlalu lama dengan posisi mengangkang. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena sila ubah kedudukan anda secara baik dan teratur agar anda tidak kelam kabut dalam mengatur langkah anda dan menyebabkan kesakitan pada hujung dubur anda. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut dengan membanyakkan memakan makanan seimbang iaitu lebihkan sayur - sayuran dan buah - buahan di dalam menu seharian anda. Banyakkan meminum air suam untuk mencairkan najis yang keras.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan @ menyakitkan.