Rawatan Buasir

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda dari faktor - faktor penyebab penyakit tersebut. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut. Ingat "Pencegahan penyakit lebih baik daripada merawatnya".

Rawatan awal boleh dilakukan dengan mengunakan minyak zaitun @ olive oil pada permukaan dan pangkal hujung dubur anda selepas selesai membuang air besar. Lakukan diwaktu malam sebelum tidur sehari. Bersihkan bahagian yang ditumpukan dengan sabun antibakteria dan celupkan jari kelingking anda di dalam minyak tersebut lalu letakkan pada permukaan dubur juga pangkal hujung dubur kemudiannya masukkan ke dalam dubur secara perlahan - lahan sehingga minyak tersebut sampai ke dalam kawasan yang terkena buasir tersebut. Putarkan jari kelingking anda dengan lembut yang sudah dicelup dengan minyak tersebut disekeliling dalam dan pangkal hujung dubur anda. Jangan dilakukan dengan kuat atau keras. Berhati - hati ketika melakukannya dan lakukannya secara rehat dan baring mengiring. Pastikan anda sudah memotong kuku dan tangan anda dengan bersih daripada kotoran dan kuman berjangkit. Minyak kelapa juga boleh digunakan didalam rawatan awal ini yang mana ia banyak mengandungi unsur - unsur vitamin dan mineral yang diperlukan di dalam khasiat minyak tersebut secara semula jadi.

Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum @ hujung pangkal dubur ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli dan mengunakan ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir dan ia hanyalah berfungsi sebagai pelega kesakitan penyakit tersebut sahaja. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.

Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.

Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan perubatan moden yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari. Rawatan ini boleh dilakukan sendiri atau boleh meminta doktor dan ahli - ahli perubatan bertauliah yang lain untuk melakukannya.

Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak yang segera mendapat ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan treaments ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya mengikut keadaan penyakit tersebut. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor dimana - mana klinik dan hospital berdekatan anda dengan segera.