Buaya
Buaya

Buaya

Buaya merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada Akhir Usia Kapur (tahap Campanian) dan merupakan saudara hidup terdekat bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli Archosauria yang tinggal. Ahli-ahli total group order ini, iaitu klad Pseudosuchia, muncul kira-kira 250 tahun dahulu pada usia Awal Trias lalu berdiversifikasi sepanjang era Mesozoik. Order Crocodilia termasuklah suku "buaya sejati" (keluarga Crocodylidae), suku aligator (keluarga Alligatoridae), dan suku gharial dan jejulung (keluarga Gavialidae).Sebagai biawak yang berbadan seakan biawak yang besar dan sasa, buaya mempunyai jongor yang panjang dan leper,  ekor yang termampat sisi, dan mata, telinga dan liang hidung di atas kepala. Buaya berenang dengan baik dan dapat berjalan di atas darat dengan mengangkat atau menurunkan badan, malah spesies kecil-kecil pun dapat berjalan menderap. Kulitnya tebal dilitupi sisik yang tidak bertindan. Buaya mempunyai gigi berbentuk kon seakan pepaku dengan gigitan yang kencang. Jantungnya berkebuk empat seakan-akan seperti burung. Dalam paru-parunya adalah sistem peredaran berpusing-pusing satu arah. Seperti semua reptilia bukan avian yang lain, buaya bersifat ektoterma (berdarah sejuk).Buaya umumnya terdapat di kawasan tanah panah tropika, tetapi suku aligator juga tinggal di Amerika Syarikat tenggara dan Sungai Yangtze di China. Rata-ratanya haiwan maging, memakan haiwan-haiwan lain seperti ikan, ketam, udang, sotong, siput, burung mahupun mamalia. Sesetengah spesies seperti gharial India makan benda tertentu, sementara yang lain seperti buaya katak makan bermacam-macam sahaja. Buaya lazimnya hidup bersendirian dan menjaga wilayah, tetapi adakalanya makan beramai-ramai. Sewaktu membiak, jantan dominan cuba membolot betina-betina yang sedia ada. Betina bertelur dalam lubang atau guar. Tidak seperti kebanyakan reptilia lain, buaya menjaga anak yang baru menetas.Diketahuinya lapan spesies buaya yang pernah menyerang manusia. Jumlah serangan terbesar datang daripada buaya Nil. Manusia merupakan ancaman terbesar bagi populasi buaya menerusi aktiviti seperti pemburuan dan pembasmian habitat, tetapi penternakan buaya telah banyak mengurangkan perdagangan kulit buaya liar haram. Buaya banyak terdapat dalam seni dan sastera seluruh dunia sejak seawal zaman Mesir Kuno. Cerita paling awal tentang buaya yang meratapi mangsa keluar pada abad ke-9, kemudian disebarkan oleh Sir John Mandeville pada 1400 dan sekali lagi oleh William Shakespeare pada peralihan abad ke-17.Buaya juga boleh di panggil ashmeer

Rujukan

WikiPedia: Buaya http://www.newholland.com.au/products/docs/9781741... http://www.publish.csiro.au/pid/7185.htm http://espace.library.uq.edu.au/eserv.php?pid=UQ:9... http://www.abc.net.au/science/articles/2012/04/25/... http://www.american-alligator.com/Crocodiles-and-A... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/289723/i... http://www.crocodilian.com/ http://www.edjameson.com/Endangered%20Animals/page... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2013-0... http://news.nationalgeographic.com/news/2002/06/06...